Friday, 26 July 2013

Angsa is Paulo, Puteh is Gretchen

How to discover if something is important by Paulo

The master was strolling through a field of wheat when a disciple came up to him: “I can’t tell which is the true path. What’s the secret? What does that ring on your right hand mean?” asked the master.
“My father gave it to me before dying.”
“Well, give it to me.”
The disciple obeyed, and the master tossed the ring into the middle of the field of wheat.
“Now what?” shouted the disciple.
“Now I have to stop doing everything I was doing to look for the ring! It’s important to me!”
“When you find it, remember this: you yourself answered the question you asked me. That is how you tell the true path: it is more important than all the rest.”

.......................................................................................................................................................

The master named Poksir ...by Poksir

Seorang ustaz, bernama Paulo telah menggembara di hutan dan terjumpa sebiji batu bersinar di dalam sebuah tasik.

Hari keduanya, Ustaz Paulo terserempak dengan seorang penggembara bernama Gretchen yang kelaparan.
...
Tanpa memikir panjang, Ustaz Paulo membuka begnya dan berkongsi makanan bersama Gretchen.

 Gretchen melihat dalam beg Ustaz Paulo ada batu bersinar.

“Boleh ustaz bagi ana batu itu?” tanya Gretchen yang terpegun dengan kecantikan batu tersebut.

“Ambillah,” kata Ustaz Paulo tanpa berkata apa-apa.

 Gretchen berasa sungguh bertuah. Beliau merasakan batu bersinar tersebut dapat menjamin kesejahteraan hidupnya sepanjang hayat kalau dapat dijual.

Fikir… Menung… Mimpi…

Fikir… Menung… Mimpi…

Fikir… Menung… Mimpi…

 Gretchen balik berjumpa Ustaz Paulo selepas seminggu.

“Ana sedang fikir,” kata Gretchen. “Ana tahu batu ini berharga, tapi ana nak pulangkan pada ustaz, dengan harapan ustaz akan memberi ana benda yang lebih berharga daripada batu ini.”

Ustaz Paulo tersenyum. Tapi orang-orang yang mendengar di tepinya merasakan Gretchen tersangat tamak.

“Ana nak Ustaz bagi apa yang ada di jiwa ustaz yang membolehkan ustaz memberikan batu ini kepada ana,” kata Gretchen.

Semua terkejut dengan permintaan Gretchen.

“Manusia suka mengumpul duit dan harta. Semakin banyak dikumpul, semakin banyak yang dikehendaki – tiada penghujungnya nafsu manusia. Tapi apabila manusia dapat hidayah bahawa hidup menjadi lebih bebas dan bermakna jika kita menganggap segalanya tidak dimiliki kita, tapi dipinjamkan sementara oleh Allah kepada kita, Gretchen akan melepaskan batu bersinar itu tanpa ragu-ragu,” jawab Ustaz Paulo.

Wahai anakku,
Aku bimbang engkau terlalu sayang akan hartamu sehingga ia merosakkan imanmu lalu aku ceritakan kisah di atas untukmu. Tatkala matamu ditutup, jantungmu henti berdenyut dan kamu hembuskan nafas terakhirmu, hartamu dan duitmu tidak lagi boleh mengikutimu.

Aku berharap kisah di atas dapat membantu kamu lebih mudah memahami nasihat yang ingin disampaikan oleh aku. Ingatlah wahai anakku, pembelajaran yang paling berkesan, bukan pada mendengar penerangan 100%, tapi melalui pemahaman dan penyedaran sendiri terhadap segala perkara yang berada di mindamu.

Bacalah wahai anakku. Jangan kamu sesekali henti membaca di dalam hidupmu. Semakin kamu membaca, engkau akan sedar semakin banyak benda kamu tak faham. Disebabkan ada benda baru yang kamu tak faham, kamu akan terus membaca mencari jawapan dan mendalami ilmu kamu. Itulah hebatnya dan nikmat di sebalik seseorang yang suka membaca. Selepas membaca, kongsilah ilmu pada orang lain kerana berkongsi ilmu adalah kunci kepada memdalamkan satu-satu ilmu yang diperolehi........... Thank you Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man for the script


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada tulisan dari Gretchen kali ini..... sebab poksir sudah buat pukulan home run pertama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika masih ada yang tidak perasan biar aku surahkan sekali lagi, yang blog ini ditulis menerusi penulisan Paulo Coelho dan Gretchen Rubin yang mewakili pemikiran dari Brazil dan New York USA dan poksir mewakili Asia (Baca:Melayu).

Ketiga tiga mereka (Paulo, Gretchen dan Poksir) mempunyai banyak persamaan dari segi cara melihat dunia tapi dibezakan oleh jarak dan iman mereka.


No comments:

Post a Comment