Thursday, 24 September 2015

After 58 Years Of Merdeka

Salam Aidil Adha

Ketika tulisan ini digarap, Muhamad Najib bin Abdul Razak suami kepada Rosmah binti Mansor sedang dalam perjalanan ke New York. Juga diberitakan, suami Rosmah ini akan singgah di London dan juga melencong ke Itali.

Haji Desas bin Lebai Desus telah heboh bercerita kenapa suami Rosmah akan singgah di London. Bukan singgah untuk membeli kasut Bally di Oxford Street. Bukan.

Tapi didesuskan bahawa suami Rosmah ini akan disongsong oleh sepupunya dalam usaha bersama untuk membeli senjata demi mempertahankan Malaysia dan bani ketuanan Melayu.

Tentang melencong ke Itali itu gua tidak mahu komen. Faham-fahamlah tujuannya.

Sesudah meledaknya berita Tok Arab memberi derma sebanyak RM2.6 bilion kepada suami Rosmah kelihatan politik Malaysia terus menjadi berita dunia. Dalam hal ini gua amat berbangga menjadi warga Malaysia. Negara tercinta ini mula dikenali dunia sebagai negara yang dikepalai oleh Calon FBI.

Hakikatnya berita akhbar dunia berkisah tentang suami Rosmah sedang terkepung. Terkepung dari dalam dan dari luar negara. Satu gerakan rapi yang mahu suami Rosmah berundur kian tersusun dan kian lantang. Dalam suasana yang sama suami Rosmah ini semakin lincah bersilat mempertahankan diri.

Dua hari sebelum Peguam Negara menghantar surat pertuduhan kepada Muhamad Najib bin Abdul Razak, suami Rosmah telah menendang keluar Gani Patail si peguam negara. Kes pecah amanah tak sempat sampai ke mahkamah.

Belum sempat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengeluarkan laporan 1MDB, ahli-ahlinya dilungkupkan dengan jawatan menteri. Satu lagi kes tutup.

Pegawai polis cawagan khas yang disangsikan kesetiaan telah diberi hadiah Pingat Jokowi kemudian diterajang keluar.

Pengarah SPRM yang jujur dan berani dipaksa potong buah pinggang untuk dicutikan ke Amerika. SPRM menjadi senyap sepi. Pada ketika ini lembaga SPRM hanya sanggup melakukan sembahyang hajat.

Empat orang saksi dari SRC International Sdn Bhd dihilangkan. Dua orang dikehendaki oleh Bank Negara. Entah ke mana malaon-malaon ini lesap. Empat ekor ini terlibat dalam kes RM42 juta duit dari syarikat SRC International yang masuk ke dalam akaun peribadi suami Rosmah.

SRC International ini adalah anak syarikat 1MDB – syarikat kerajaan. Jelas ada kes pecah amanah tapi saksi hilang. Kes tutup.

Tup tup Kevin Morais terjun masuk ke dalam tong simen. Yang ini gua tak mahu cerita kerana simen telah lama beku. Sebelum Kevin masuk ke dalam tong simen, ada lagi berita yang lebih mengejutkan.

Bekas Naib Ketua United Malays National Organisation Bahagian Batu Kawan telah berjaya membuat laporan polis tentang pengubahan wang haram atau money laundering. Laporan polis ini dibuat Switzerland, di London dan di Hong Kong.

Yang dituduh membuat jenayah money laundering ini ialah suami Rosmah.

Tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggemparkan. Bukti kejayaan terpampang. Akaun 1MDB telah dibekukan di Switzerland. Dua minggu lalu peguam negara Switzerland telah datang ke Kuala Lumpur untuk memulakan siasatan.

Kejayaan serangan dari dalam parti ketuanan Melayu ini pasti diketahui oleh para bomoh dan penasihat suami Rosmah. Justeru si Khairuddin telah ditangkap untuk ditahan betul-betul ketika dia hendak terbang ke New York.

Kini orang ramai diberitahu rupa-rupanya si Khairuddin ini telah membuat temu janji dengan Federal Bureau of Investigation (FBI) – badan penyiasat Amerika. Juga Haji Desas bin Lebai Desus telah melaporkan bahawa mamat ini akan juga ditemubual oleh The New York Times dan media Amerika. Hebat mamat ini.

Sekali imbas, kelihatan bahawa semua musuh suami Rosmah telah tewas. Panglima Bugis masih lagi dalam kapal.

Maka di sini gua masuk mencelah untuk memberitahu pembaca dan rakyat Malaysia apa akan terjadi seterusnya. Kalau gua Najib dan mahu terus selamat maka di bawah ini adalah tindakan yang akan gua lakukan. Gua yakin gua selamat.

Pertama: Tian Chua, Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang, Nurul Izzah Anwar, Dr Hatta Ramli, Mat Sabu, RSN Rayer, Tony Pua dan pemimpin yang berpotensi menjadi calon menentang United Malays National Organisationi akan dihadapkan ke mahkamah.

Mereka akan berhadapan dengan pelbagai tuduhan.

Malah nama-nama yang gua senaraikan di atas telahpun masuk mahkamah. Kes mereka sedang dan akan didengar di mahkamah. Rafizi dan Tian Chua akan menjadi calon contoh untuk dibatalkan kelayakan bertanding. Ini akan menakutkan yang lain.

Sebelum PRU14 diumumkan gua akan pastikan mereka semua ini akan didapati bersalah.

Minta maaf. Bukan gua yang jatuhkan hukuman. Ini keputusan mahkamah. Lagi pun yang dituduh masih boleh merayu. Ketika dalam rayuan mereka akan dinafikan hak untuk bertanding.

Ini rancangan awal gua untuk mengenepikan musuh politik. Bijak, licin, tuntas dan bersih sekali. Semua berlandaskan undang-undang. Barack Obama pasti tersenyum kerana gua bijak.

Kedua: Gua akan berunding dengan Tuan Guru Haji Hadi tentang Akta 335. Akta ini telah dihebohkan sebagai Hukum Hudud. Ini untuk menakut-nakutkan Cina DAP.

Setakat ini ejen-ejen gua dalam DAP telah memainkan peranan mengoreng Akta 335 ini sehinggakan Pakatan Rakyat pecah.

Gua akan beritahu Hadi Awang bahawa parti gua akan bersedia menyokong kelulusan Akta 355 ini dalam Parlimen. Tapi Hadi wajib menjanjikan tidak menyokong apa sahaja bentuk undi tak percaya terhadap gua.

Gua minta PAS menyokong gua meluluskan penambahan kerusi Parlimen demi Bani Melayu. Sebagai buktinya kesucian niat walaupun gua hendak terbang ke London tapi gua masih ada masih melawat Mursyidul Am Tuan Haji Haron Din di IJN.

Ketiga: Gua akan hasut dan yakinkan Hadi dan menantunya Din Ayam untuk jangan bekerjasama dengan Cina DAP, PKR dan AMANAH.

Keempat: Gua akan minta parti PAS untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara. Kepada Din Ayam dan Nik Abduh gua akan katakan: Jangan risau tentang fulus. Fulus melambak-lambak lebih banyak dari kerja baca doa. Gua ada Tok Arab dengan dolar halal.

Kelima: Seperti biasa gua akan arahkan SPR untuk melakukan kerja-kerja biasa. Tapi dalam PRU14 ini SPR wajib lebih teliti.

Dari sekarang SPR wajib mula mengalih-alihkan nama pengundi muda Cina yang kelihatan menyokong BERSIH. Pengundi Melayu yang menyokong PKR atau AMANAH akan dipindah-pindahkan atau nama mereka gua padamkan dari daftar pengundi.

Gua tahu kerja melupus dan mengalih nama ini sedang berjalan di Lembah Pantai dan di Klang.

Kerja alih mengalih dan padam memadam ini amatlah senang untuk dilakukan kerana bukan lagi menggunakan tenaga manusia. Nama boleh diatur dan data dikumpul melalui program Internet.

Keenam: Sebelum PRU13 PKR, DAP dan PAS telah amat aktif mendaftarkan ahli mereka untuk menjadi pengundi. Ini terbukti PRU13 membawa kemenangan untuk mereka.

Sekarang gua telah arahkan SPR membatalkan pekara ini. Hanya SPR dan Pejabat Pos sahaja yang boleh mendaftarkan bakal pengundi. Gua tutup lubang nafas Pakatan Rakyat. Bijak

Ketujuh: Gua akan beri satu arahan pendek kepada SPR. Gua mahu menang besar.

Tujuh perkara ini sudah cukup untuk memastikan suami Rosmah akan menang dalam PRU14. Suami Rosmah akan menang besar. Ada sesiapa nak bertaruh?

Tujuh perkara di atas pasti telah lama difikirkan oleh Muhamad Najib bin Abdul Razak. Suami Rosmah ini pasti telah diberitahu oleh para Bomoh dan penasihat bahawa seteru besarnya Mahathir bin Muhamad sedang merancang siang dan malam.

Mahathir sedang menggunakan semua tenaga, semua jaringan untuk memastikan suami Rosmah akan tergelincir dari kuasa.

Haji Desas bin Lebai Desus telah mula membuka cerita bahawa Mahathir kini telah sanggup bekerja sama dengan sesiapa sahaja untuk memastikan suami Rosmah lungkup.

Dalam masa yang sama suami Rosmah masih mahu bertahan. Suami Rosmah mahu bertahan sehingga berjaya mengendalikan PRU14. Justeru, pilihan raya kali ke-14 ini akan menjadi satu PRU yang paling kotor.

Orang ramai tahu dan heboh sambil berbincang tentang duit 1MDB berjumlah 42 bilion ringgit. Orang ramai juga tahu sebanyak 2.6 bilion ringgit telah masuk ke dalam akaun pribadi suami Rosmah. Apa yang orang ramai gagal mengira ialah tolak 2.6 bilion dari 42 bilion ada berapa? Dimana agaknya baki duit ini?

Justeru dengan duit berbilion ringgit ini gua amat yakin suami Rosmah akan berjaya membeli SPR, SPRM, Polis, Hakim, Mahkamah termasuk Parti PAS, Nik Abduh, Tantawi dan Din Ayam.

Hakikatnya hari ini suami Rosmah telah membeli negara ini. Ini bukan kata-kata dari Hishamuddin Rais. Ini kata-kata dari ucapan Tun Dr Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga bekas Presiden parti United Malays National Organisation.

Najib Razak mahu terus bertahan sehingga PRU14 dapat dijalankan. Keputusan PRU14 ini telah ada dalam tangan Najib Razak.

Keputusan PRU14 akan memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya mendapat kembali majoriti dua pertiga. Ini bukan mustahil. Ini akan berlaku.

Kenapa suami Rosmah gila-gila hendak bertahan sahingga ke PRU14? Kerana suami Rosmah ingin membuktikan kepada Tun Dr Mahathir Muhamad bahawa Muhamad Najib bin Abdul Razak mendapat sokongan rakyat.

Muhamad Najib bin Abdul Razak ingin berkata kepada Mahathir Muhamad, ‘F@#% you Mahathir...!”

Maka jika gua jadi Mahathir Muhamad gua pasti mahu lupuskan suami Rosmah ini sebelum akhir tahun.


Sunday, 28 December 2014

Sadakah

Two masters

Always smile 
Someone said to William James, an American philosopher and psychologist: “You are the only happy person I know: you always have a smile on your lips, even when facing great difficulties.”
“I am not always smiling because I am happy,” answered William James. “I am happy because I am always smiling.”
Wise man’s answer 
A king asked Saadi of Shiraz: “While travelling through the cities of my country, do you use to think of me and about my works?”
“Oh King, I think of you, whenever I forget about God,” was the wise man’s answer.

Wednesday, 17 December 2014

The Dancing Days Are Gone : Selamat Datang Krisis Ekonomi

TANDA-TANDA AWAL

Media milik United Malays National Organisation enggan dan gagal melaporkan tentang nilai ringgit dengan dolar yang mendadak jatuh. Hanya portal-portal internet yang berani melaporkan kejatuhan nilai ringgit/dolar ini. Mengikut berita - kejatuhan nilai ringgit ini sama saperti kemuncak krisis ekonomi 1998. Ketika tulisan ini digarap 1 dolar Amerika bernilai 3 ringgit 49 sen.

Media milik parti Ketuanan Melayu juga gagal memberi pencerahan kepada pembaca tentang makna dan tanda dari kejatuhan nilai ringgit ini. Pembaca Melayu terus dibodohkan dengan berita-berita Raja, Melayu dan Islam.

Pembaca wajib diberi maklum : apabila nilai ringgit jatuh ertinya duit upah/duit gaji yang masuk dalam poket kita – walau pun jumlah angkanya sama – tetapi kuasa membelinya merosot. Ini bermakna kalau dulu satu tin susu boleh dibeli dengan harga 1 ringgit kini harganya telah naik menjadi 2 ringgit. Bila harga barang naik ertinya nilai duit dalam poket kita kurang.

Tanda-tanda ekonomi dunia sedang dilanda krisis telah mula dapat dilihat. Harga minyak mentah tiga bulan dahulu lebih dari 100 dolar satu tong kini telah jatuh ke 61 dolar. Apa maknanya kejatuhan harga minyak? Dari satu segi harga yang murah adalah baik untuk pengguna. Baik untuk negara pengimpot minyak. Tetapi untuk negara pengeluar minyak saperti Malaysia kejatuhan harga ini memberi tamparan yang hebat.

Ketika Najib membentangkan belanjawan 2015 – pendapatan negara bergantung pada dua minyak –petrolium dan minyak sawit. Kini harga jualan kedua-dua minyak telah jatuh. Ertinya belanjawan Najib telah bocor. Kebocoran ini akan membawa krisis ekonomi yang melebar TIDAK berapa lama lagi.

Pendapatan negara pengeluar minyak – saperti Malaysia- semakin kurang. Kita bukan saja menghadapi krisis belanjawan yang bocor malahTIDAK ada lagi keupayaan untuk mengimpot barangan. Jual beli semakin berkurangan. Ini menjadikan ekonomi dunia merundum. Inilah lingkaran setan dalam sistem ekonomi kapitalis.

Kita telah membaca bagaimana TV Bernamatelah gagal membayar gaji pekerja. Besar kemungkinan TV Bernama akan gulung tikar. Kita juga mula mendengar desas desus bahawa telah ada jabatan kerjaan yang upah dan gaji bulanan lewat dibayar. Kita juga mendengar bagaimana anak-anak muda – graduan yang baru lulus – mendapati peluang pekerjaan semakin menguncup. Dalam masa yang sama kita mula mendengar syarikat itu dan syarikat ini mula memberhentikan pekerja. Kita membaca tentang dana PTPTN telah dikurangkan.

Hakikatnya semua ini adalah tanda-tanda krisis ekonomi telah sampai. Hakikatnya krisis ini berkemungkinan lebih buruk dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu.

Merundumnya ekonomi akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis mata wang bermula dengan runtuhnya nilai Thai Bhat – merebak ke Rubles Rusia dan akhirnya melanggar Ringgit Malaysia.Kali ini pekara yang sama sedang berlaku. Mata wang Rusia sedang merundum. Bezanya kali ini bukan sahaja ekonomi Rusia merundum tetapi ekonomi dunia.

Krisis ekonomi ini akan membawa krisis politik. Pada tahun 1998 – krisis ekonomi telah meperlihatkan kepada kita bagaimana Presiden Haji Muhamad Suharto telah diburu rakyat di jalan raya. Di Malaysia krisis ekonomi ini telah menimbulkan krisis dalaman dalam parti United Malays National Organisation.

Pada tahun 1998 – Anwar Ibrahim telah dibuang dari kerajaan dan parti. Anwar telah dituduh meliwat. Apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim ini adalah manifestasi dari krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada ketika itu. Dengan bijak Mahathir telah mengalihkan pandangan orang ramai dari memahami kenapa ekonomi merundum kepada jubur Azizan.

Di Jakarta demo anak-anak muda pelajar telah menumbangkan Suharto. Di Kuala Lumpur demo telah meledak apabila Anwar Ibrahim dibuang dari kerajaan. Apakah perkara yang sama akan berlaku? Jawabnya: Iya. Malah kali ini satu ledakan yang lebih besar akan berlaku.

Untuk memahami apa bentuk ledakan yang akan terjadi kita wajib meneliti apa yang sedang berlaku sekarang. Najib Razak kini sedang dilihat oleh ahli parti United Malays National Organisation sebagai beban. Kalau dulu parti Ketuanan Melayu ini terpaksa memikul Mahathir Muhamad. Kali ini bukan sahaja memikul Najib malah parti ini wajib memikul Rosmah dan anak beranak Rosmah Mansor.

Projek menendang Najib semakin kuat didengar. Dua tahun dahulu sebelum PRU13 kita ada mendengar secara hitam puteh Mahathir berkata jika Najib tidak dapat menebus kekalahan Dolah Badawi maka dirinya akan diundurkan. Dalam PRU13 Najib bukan saja gagal malah kalah lebih terok dari Dolah Badawai.

Bila parti bani Ketuanan Melayu ini kalah maka ianya telah membuat sandiwara mencari sebab yang membawa kekalahan. Sandiwara ini telah ke hulu ker hilir mencari sebab musabab kenapa mereka ditolak rakyat. Dikatakan parti Ketuanan Melayu ini telah melakukan kaji selidik dan bedah siasat. Musabahah diri.

Secara dalaman para pemimpin United Malays National Organisation tahu bahawa mereka hanya mendapat 47% sokongn rakyat. Ini pun kemenangan dengan jalan tipu. Rakyat Malaysia – termasuk di Sabah dan Sarawak- telah memberikan 52% sokongan kepada Pakatan Rakyat. Dimana-mana negara dalam dunia ini jika sesebuah parti mendapat undi 52% maka pastilah parti itu akan memerentah. Tapi TIDAK di Malaysia. Ini bukan penipuan. IniROMPAKAN siang hari.

Dalam sandiwara mencari kenapa parti Ketuanan Melayu ini kalah – telah timbul pelbagai tuduhan. Paling senang ialah menuduh Bangsa Cina belot dan tidak sedar diri sebagai pendatang. Kemudian menuduh ada kumpulan Melayu yang bersedia menjadi kuda tunggang DAP-Cina. Kemudian menuduh Melayu TIDAK bersatu.

Kelihatan pelbagai sebab telah ditimbulkan tetapiTIDAK ada pemimpin Parti Ketuanan Melayu yang mengakui bahawa orang ramai telah benci dengan United Malays National Organisation kerana mereka mendapat kuasa dengan jalan TIPU. Parti Ketuanan Melayu ini terbukti telah mendapat undi dengan penipuan yang dirancang oleh SPR dan dibantu oleh pelbagai jabatan kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini bukan propaganda kering. Ini ialah hasil laporan Suruhan Jaya DiRaja Sabah tentang pendatang haram yang baru sahaja diumumkan. Dari laporan ini amat jelas dibuktikan bahawa kuasa United Malaya National Organisation yang ada pada hari ini adalah kuasa haram yang didapati dengan jalan TIPU UNDI.Penipuan undi ini berlaku secara teratur dan dirancang di Sabah.
Apabila rakyat semakin benci dan semakin marah kepada bani Ketuanan Melayu maka kita mula mendengar suara Perkasa dan suara Isma. Suara ini disambut pula oleh pelbagai jenis NGO Melayu/Islam. Rata-rata semua suara ini membawa kesah-kesah dongeng tentang Raja, Melayu dan Islam. Raja tidak lagi di hormati, Melayu semakin hilang kuasa dan Islam sedang dihina.

Raja , Melayu dan Islam ini sebenarnya hanyalah manifestasi dari pada politik yang sedang bergolak. Politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebuat ekonomi. Justeru apa yang kita lihat hari ini adalah perebutan punca-punca ekonomi.
Parti Ketuanan Melayu yang selama ini berkuasa telah menjarah harta kekayaan negara ini. Dari kiri dari kanan – dari depan dari belakang – mereka telah merampok kekayaan negara untuk anak bini dan kroni. Rompakan ini telah diketahui ramai. Fakta ini telah disedari ramai. Orang ramai bertambah benci dengan parti Ketuanan Melayu ini.

Maka untuk menepis serangan orang ramai. Untuk menyelamatkan diri, dan untuk terus berkuasa parti United Malaya National Organisation tidak banyak pilihan. Parti ini terpaksa berdongeng dengan kesahRaja, Melayu dan Islam.

Raja , Melayu dan Islam ini kononnya akan dapat mempertahankan kuasa mereka. Memang betul untuk sementara waktu kesah dongeng Raja, Melayu dan Islam ini sedang agak menarik. Sebenarnya, Raja, Melayu dan Islam adalah agenda mengolah persetujuan untuk memastikan bani Ketuanan Melayu terus berkuas.da. Perkasa dan Isma dan kuncu-kuncunya sedang naik tocang. Tetapi hakikatnya: dibelakang semua ini ialah perebutan ekonomi.

Apabila krisis ekonomi dunia ini sampai dan melanda Malaysia maka kita akan melihat cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini akan lebih rancak dijadikan slogan dan pekikan perjuangan bani Ketuanan Melayu.

Tanda-tanda semakin jelas dilihat bagaimaan Perkasa secara terbuka telah memberi amaran kepada Najib agar TIDAK menipu rakyat. Kita juga telah membaca bagaimana seorang Ketua Bahagian parti Ketuanan Melayu dari Batu Kawan telah membuat laporan polis terhadap 1MDB. Kita juga telah terbaca bagaimana Menteri Besar Pahang yang juga pemimpin tertinggi parti Ketuanan Melayu telah menyaman Utusan Malaysai. Walhal – akhbar ini adalah milik parti Ketuanan Melayu sendiri.

Ini adalah tanda-tanda bahawa parti Ketuanan Melayu ini sedang beramok sesama sendiri. Dibelakang semua ini wujud perancangan licik yang sedang diatur untuk menendang Najib dan Rosmah.

Semua tanda-tanda ini ikat berikat dan sabit menyabit. Semua tanda-tanda ini adalah signal bahawa kuasa United Malays National Organisation semakin rapuh. RAPUH? Jika telah rapuh pastilah akan runtuh? Jika runtuh pastilah baik untuk Pakatan Rakyat.

Sabar dahulu – politik, kuasa dan harta – yang dimiliki oleh United Malays National Organisation tidak akan senang menyerah bagitu sahaja. Jangan lupa dibelakang cerita dongeng Raja, Melayu dan Islam ini wujud Dulah Terpendam/Deep State. Pada ketika ini Daulah Terpendam sedang mengipas kesah kesah dongeng ini. Raja , Melayu dan Islam dikipas untuk satu persediaan yang lebih besar untuk menyambut kedatangan krisis ekonomi.

Tuesday, 16 December 2014

True Important

Jean was out walking with his grandfather in Paris.
At one point, they saw a shoemaker being insulted by a customer who claimed that there was something wrong with his shoes.
The shoemaker calmly listened to his complaints, apologised and promised to make good the mistake.

Jean and his grandfather stopped to have a coffee.
At the next table, the waiter asked a man if he would mind moving his chair slightly so that he could get by.
The man erupted in a torrent of abuse and refused to move.

‘Never forget what you have seen,’ said Jean’s grandfather.
‘The shoemaker accepted the customer’s complaint, while this man next to us did not want to move.
‘People who perform some useful task are not bothered if they hear some critics to their work, but people who do no useful work at all always think themselves very important and hide their incompetence behind their authority.’
angsaputehpoksir and Tiger

Wednesday, 10 December 2014

Bila Nak Interview Akupulak ?

From an interview in 2003

Google Alerts is great. Sometimes I found things about myself that I did not expect. Today I found an old interview for an Indian newspaper – and here are some Q&A
Could you recall from your life where you felt the feminine face of God?
It was in 1992, when I was sitting inside of a grotto, in Lourdes. Since then, I try to accept my feminine side. When I write, I am a woman. I got pregnant from life, and I don’t know how the baby looks like. My pregnancy cycle lasts for two years, and I don’t take notes, I don’t make plans. The only thing that I know is that life put inside me a seed that will grow when time comes. Then, when time comes, I sit and write. Every creative act demands a respect for mystery, and I respect the mystery, without trying to understand it.

What do you feel when readers hug you and confess in public how the book had changed their lives? 

First and foremost, I am a writer – and a writer is always facing the challenge of a new book. This is, for me, what makes life interesting: there is always a new book to be written, which involves pain, joy, suffering, relief, feelings of a person who is alive. I don’t think why this or that happened, and I became a worldwide celebrity. I think: “Am I honest in which I am doing? Can I still talk to my soul?
The secret of the success of my books, if there is one; it is the absence of secrets.
Did you expect this world wide success?
When I wrote “The Alchemist”, I was trying to understand my own life, and the only way that I could do it was through a metaphor. Then, the book – with no support of the press, because the media normally refuses to publish anything about an unknown writer – made its way to the readers, and the readers start to discover that we share the same questions. Little by little, the book started to travel abroad, and today is one of the best seller books of all times. But this success came slowly, based on a word-of-mouth promotion, and this gives me the sensation, the wonderful sensation that I am not alone.

In an Interview with Juan Arias of El PaĆ­s you confessed that, “Happiness to me is very abstract, To tell you the truth, I am never happy”.

The fact that I don’t search for happiness, does not mean that unhappiness is the choice. The right choice is “joy”. Challenges, defeats, victories, excitement, never being bored by this peaceful Sunday afternoon “happiness”.

As a best-selling author how far has consumerism affected you. You have to go through a corporate capitalist structure.
As Buddha said, first you have to have, then you can renounce everything. It is easy to make a chastity vow if you are impotent. Easier to make a poverty vow if you are incapable of earning money with your choice, your dream. I could buy a castle, but I bought a watermill, not because I feel guilty – I work hard – but because a watermill is close to my way of seeing life, and easier to maintain. As for my work, no publisher dares to ask me anything – I don’t see the point of “corporate capitalist structure”.

In The Alchemist you have said that you have to pay a price for the perusal of ones dream. What’s the price you paid in the journey with your dream?

A very high one. But I am glad that I paid this price for my dream, instead of paying the price of living someone else’s dreams.

You have been into an asylum twice. People like Michael Foucault have written about the power discourses that create madness. How do you see you days in the asylum?

I cannot summarize that. I wrote a whole book on my experience, “Veronica Decides to Die”. But one thing I can say: it was not a traumatic experience, to begin with. It was in my path, I had to see it as something that I must overcome, not as something I was victimized by.
If you meet a person who has a deep sense of worthlessness, who is broken, and has decided to end her life, what would you tell her?
Dare to be different. You are unique, and you have to accept you as you are, instead of trying to repeat other people’s destinies or patterns. Insanity is to behave like someone that you are not. Normality is the capacity to express your feelings. From the moment that you don’t fear to share your heart, you are a free person.

Wednesday, 19 November 2014

'Fatwasis' oleh Faisal Tehrani dibaca oleh Poksir

Geger kini tentang fatwa.

Teman-teman di Sisters in Islam (SIS) memfailkan permohonan untuk mencabar fatwa pengharamannya dan mempertikaikan kesahan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahawa fatwa yang diwartakan di Selangor pada 24 Julai 2014 itu menyatakan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan memetik NGO Sisters in Islam (SIS) itu sebagai contoh.

Ekoran dari itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) bertitah:

"Beta menyeru kepada umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya.

“Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja tetapi ia dibuat melalui jawatankuasa fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga profesion yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk mereka yang dalam bidang perundangan."

Untuk mereka yang mengenal SIS, NGO ini terlibat dengan aktiviti mempromosikan hak wanita dalam Islam, terutamanya berkaitan polisi dan undang-undang.

Aku sendiri pernah diundang dua kali untuk acara mereka. Kali pertama terdapat sebuah forum mengenai kebebasan bersuara dan berkarya yang dianjurkan sempena penerbitan semula bukuMuslim Women and the Challenge of Islamic Extremism.

Buku himpunan esei tersebut diharamkan Kementerian Dalam Negeri, akan tetapi SIS gigih mencabar pelarangan tersebut, dan mereka berjaya. Dalam acara itu juga aku memohon maaf kepada SIS secara terbuka kerana pernah memomokkan mereka dalam karya-karyaku, sedang aku sendiri kurang tahu apa yang mereka pernah lakukan.

Permohonan maafku alhamdulillah diterima, dan aku mengekalkan hubungan mesra dengan pimpinan SIS sejak itu.

Kali kedua, aku diundang menghadiri sebuah program yang membincangkan bagaimana jengkelnya dan kejinya filem Melayu seperti Ombak Rindu yang mempromosikan ‘kebaikan’ dan ‘keindahan’ rogol seperti yang dilakukan oleh Hariz (lakonan lelaki ganteng Aaron Aziz) kepada Izzah (lakonan wanita ayu Maya Karin).

Seingatku, sepanjang pergaulan, dan sepanjang acara yang kusertai, tidak pernah ada kempen supaya menerima satu-satu fahaman tertentu. Mereka adalah wanita Islam yang berkerjaya, berpendirian, dan kritis.

Sesebuah fatwa yang dipaksakan ke atas penganut Islam adalah bukan fatwa. Tetapi ia adalah 'fatwasis', atau fatwa fasis. Fasisme, seperti yang kita maklum berlindung di sebalik agenda atau alasan untuk meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan individu atau masyarakat.

Dalam hal fatwasis atau fatwa fasis, alasan yang digunakan adalah untuk kemaslahatan umat Islam. Kita juga tahu fasisme itu sendiri sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia dipakejkan sekali dengan, antara lain; unsur-unsur nasionalisme, korporatisme, dan totalitarianisme.

Dalam hal fatwasis seperti yang terlihat dalam kes Sisters in Islam atau SIS, mereka berhak menolak fatwa yang diwartakan tersebut. Ini kerana rata-rata ulama yang ada hari ini, kurang dilengkapi dengan ilmu-ilmu selain Islam. Mereka malah kurang menguasai apa itu liberalisme atau pluralisme yang sering dijaja di dalam khutbah atau kuliah Maghrib itu.

Ini adalah kerana kemahiran mereka berbahasa Inggeris sangat rendah, dan mereka hanya mendapat maklumat dari sumber sekunder.

Oleh kerana dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak mempunyai kekuatan kepimpinan agama, maka NGO seperti Sisters In Islam berhak, malah wajar mempertikaikan fatwa sedia ada. Bahkan, sesiapa sahaja boleh, jika mahu, mempersoalkan dan mengkritik fatwa yang dikeluarkan oleh ulama kita.

Sheikh Adel al Kalbani, bekas Imam Masjidil Haram misalnya mengatakan, ini adalah salah satu kelemahan dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah yang amat mendesak dan sengit. Maka tidak hairanlah masyarakat hari ini menyampah, dan mentertawakan para ustaz sehinggakan aktiviti atas katil pendakwah atau ustaz juga mereka jadikan hal yang sensasi. Kata Sheikh Adel al Kalbani, dipetik;

"Kita pada zaman ini, sayang sekali tidak memiliki seorang tokoh dalam kalangan Ahli Sunah untuk dijadikan rujukan seluruh dunia Islam. Setiap perbezaan itu boleh dibincangkan dan diambil keputusan oleh seorang yang sudah dilantik oleh seluruh ulama.

“Tetapi tokoh seumpama ini tiada. Saya pernah membaca di media, mengapa Amerika lebih senang berhubungan dengan golongan Syiah kerana mereka mempunyai tokoh yang boleh dijadikan rujukan. Ulama perlu bukan hanya menguasai ilmu agama, tetapi budaya negara lain.”

(Lihat wawancara bertajuk “Pendakwah Kurang Ilmu Berbahaya” di Berita Harian 7 November 2014.)

Jawapan beliau dalam satu wawancara di media tempatan ini mengisyaratkan bahawa kaum agamawan mesti sedar bahawa setiap perbezaan boleh dibincangkan, atau didialogkan memandangkan mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah tiada ulama yang cukup hebat untuk dirujuk secara tunggal. Apatah lagi para ulama hari ini kurang ilmu, dan tidak cukup faham budaya lain dan hanya membuat keputusan berdasarkan sangkaan sahaja.

Fatwasis adalah salah satu contoh bahaya kepada masyarakat apabila ulama tidak cukup ilmu dan bertindak semberono. Fatwasis akan menjadi perhambaan agama yang menggerunkan jika tidak dilawan dan ditentang habis-habisan.

Apakah gejala fatwasis ini boleh dicabar? Jawapannya boleh. Hasnan Kasan, dalam sebuah buku akademik yang berjudulInstitusi Fatwa di Malaysia terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008 menyatakan fatwa-fatwa yang ada di Malaysia dalam banyak keadaan adalah lemah dan bukanlah sesuatu yang tidak boleh dikritik atau dipertikaikan.

Sebagai contoh, beliau menyatakan fatwa-fatwa yang terdapat di negara ini banyak yang tidak selaras. Dalam hal ini, fatwa berkaitan penggunaan tanah wakaf didapati berbeza antara negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. Di Kelantan, terdapat fatwa melarang penggunaan tanah wakaf selain dari tujuan asal wakaf diadakan, sementara di Negeri Sembilan penggunaan tanah wakaf selain dari tujuan asal dibenarkan untuk sementara. Ini termasuklah fatwa tentang pengharaman rokok dan penyertaan dalam pertandingan ratu cantik.

Selain itu, pengkaji dalam bukunya yang sangat bernas itu menjelaskan keahlian Ahli Jawatankuasa Syariah juga boleh dipertikaikan. Bahkan Hasnan menjelaskan terdapat anggota Jawatankuasa Fatwa atau mufti “yang datang dari lulusan institusi-institusi pengajian tradisional tanpa memiliki apa-apa sijil”.

Beliau juga mengatakan ‘kriteria untuk menyertai institusi fatwa dalam menentukan hukum syarak tidak jelas, tidak ada kelayakan tertentu, dan lebih mengejutkan, tidak melalui proses temuduga untuk menguji keupayaan mereka dalam perundangan Islam’.

Hasnan seterusnya mengkritik bagaimana mufti atau ahli Jawatankuasa Syariah hanya menguasai satu mazhab sahaja iaitu mazhab Syafie. Mereka pula hanyalah pengekor dalam mazhab tersebut dan tidak menguasai mazhab selain Syafie.

Dalam buku beliau juga, Hasnan menyebutkan institusi fatwa tidak mempunyai autoriti penuh. Terdapat beberapa contoh fatwa boleh dicabar misalnya dalam hal pengharaman upacara bertafakur di Tugu Pahlawan pada Hari Pahlawan seperti yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, atau pengharaman penajaan Carlsberg memandangkan ia adalah perniagaan haram. Kerajaan Malaysia tidak mengikut fatwa tersebut kerana membenarkan Carslberg menajai Sukan Komanwel. Penjelasan fatwa juga tidak cukup, senteng dan tidak bertujuan menerangkan, dan dilakukan tanpa perincian.

Hal-hal di atas menunjukkan fatwa terdedah untuk dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan para ulama kurang ilmu, maka tidaklah menghairankan fatwa kini telah menjadi fatwasis. Kaum fasis agama ini bermaharajela dan berselindung di sebalik serban, jubah, janggut dan terompah kayu mereka.

Aku ingin mencadangkan kumpulan yang pro fatwa fasis ini untuk membaca di luar bidang, dan berinteraksi serta menuntut ilmu. Ini kerana masyarakat hari ini lebih abstrak dan kompleks, justeru satu fatwa yang tergopoh-gapah daripada mereka yang tidak ada kelayakan akan dipertikaikan, menimbulkan keresahan, dan mendatangkan pertelingkahan dalam masyarakat.

Akibat yang fatal akhirnya adalah manusia, atau ahli masyarakat menjadi benci kepada agama. Apabila mereka benci kepada agama, masyarakat akan menjauhi agama, dan akibatnya manusia akan terumbang-ambing dan direbut oleh gejala materialisme.

Dalam hal ini kita mesti memahami bahawa Islam bukanlah sebuah agama mengekang. Ayatollah Taleqani (kanan), dalam khutbah Jumaat terakhir beliau pada November 1979, iaitu sebelum meninggal dunia menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang memberikan ruang kebebasan, malahan matlamat Islam adalah untuk memerdekakan manusia.

Justeru, Islam yang bersifat membebaskan itu tidak seharusnya mengikat dan merantai manusia. Islam tidak harus menggunakan apa-apa bentuk perhambaan untuk mengurung manusia.

Malahan, Ayatollah Taleqani menegaskan atas nama Islam, ulama tidak seharusnya meletakkan kepentingan kelas mereka dan mengeksploit rantai-rantai atau gari-gari perhambaan ini. Kata-kata beliau dipetik dalam terjemahan bahasa Inggerisnya;

“Islam is the religion of freedom. Its goal is people’s liberation. If a religion aims at liberating people from all forms of bondage, it cannot itself be made a chain for keeping people in bondage....In the name of religion, (they wish to) further the interests of their own class by enslaving people in exploitative chains. (1)”

(lihat Ayatollah Taleqani, Anjuman E-Touhidi - E-Resalat, Mardi-Ez-Tabar-E-Nur [A Man from the Abode of Light] halaman 10–18 (1979), dicetak semula dalam Suroosh Irfani, Iran’s Islamic Revolution, halaman ii (1983).

Suka atau tidak, Sheikh Adel al Kalbani, bekas Imam Masjidil Haram sendiri mengatakan “golongan Syiah mempunyai tokoh yang boleh dijadikan rujukan”, sementara mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah ketandusan pemimpin agama yang berkaliber, “tidak memiliki seorang tokoh dalam kalangan Ahli Sunah untuk dijadikan rujukan seluruh dunia Islam”.

Oleh kerana itu, eloklah ahli Majlis Fatwa berhenti menjadi angkuh dan perasan mereka adalah segala-galanya. Berhentilah menjadikan fatwa sebagai alat untuk merantai manusia. Jangan menjadikan fatwa sebagai gari dan alat cambuk untuk menjauhkan manusia dari agama.

Tingkatkan ilmu, dan tidak usah lagi membodohkan penganut Islam. Jika fenomena fatwasis ini berterusan, tidak mustahil akan ada kebangkitan besar-besaran menolak kaum agamawan akan berlaku dalam waktu terdekat.

Saturday, 15 November 2014

The servant’s daugther

The servant’s daugther

In ancient China a certain prince in the region of KubangBuaya was about to be crowned Emperor; before that, in accordance with the law, he had to get married.
Advised by a wise man, he decided to call all the young women in the region to choose the most suitable among them.
An old lady who had been a servant in the palace for many years heard the comments on the preparations for the audience and felt a deep sadness, for her daughter nurtured a secret love for the prince.
The daughter of a servant wins the heart of the prince with her honesty and dedication
On reaching home and conveying the news, she was astonished to hear that her daughter also intended to present herself before the prince.
“My child, what are you going to do there? All the prettiest and richest young women in the court will be there. Get that silly idea out of your head! I know that you must be suffering, but don’t change your suffering into madness!”
“Dearest mother, I am not suffering and far less have I gone crazy; I know that I shall never be the chosen one, but it’s my chance to be at least for a few minutes close to the prince. That makes me happy, even knowing that my fate lies elsewhere.”
At night, when the young woman reached the palace, indeed all the prettiest young ladies were there, dressed in the prettiest clothes, displaying the most beautiful jewels, and willing to fight in every possible way for the opportunity that lay open to them.
Surrounded by his court, the prince announced the challenge: “I shall give each of you a seed. The one who brings me the prettiest flower in six months’ time will be the future Empress of China.
The young girl took her seed, planted it in a vase, and even though she did not know much about the art of gardening, took care of the earth with great patience and tenderness, for she thought that if the beauty of flowers was as deep as her love, then she did not need to worry about the result.
Three months passed by and nothing bloomed.
The young woman tried a bit of everything, spoke to farmers and peasants – who taught her all sorts of gardening techniques – but nothing worked, all her efforts came to nothing.
Finally, the six months came to an end and nothing had flourished in her vase.
Even knowing that she had nothing to show, she decided to return to the palace, realizing that this would be the last meeting with her beloved. The day arrived for the new audience.
The girl appeared with her vase without a plant, and saw that all the other pretenders had managed to produce fine results, each of them with a prettier flower than the next, all with a variety of shapes and colors.
At last came the moment everyone was waiting for: the prince entered and observed each of the pretenders with great care and attention.
After reviewing them all, he announced the result, pointing to his servant’s daughter as his chosen wife.
Everyone present began to complain, saying that he chose precisely the one candidate who had failed in the assigned task.
Then the prince very calmly clarified the reason for his choice: “She was the only one among you all to cultivate the flower that made her worthy to become an Empress: the flower of honesty.
“All the seeds that I distributed were sterile, and there was absolutely no way that they could flourish.”