![]() |
| Poksir:Paulo Coelho Style |
Walaupun adik beradik, penampilan kedua meraka sangat lah berbeza. Seorang menonjolkan integriti diri dan seorang lagi menyuburkan keikhlasan berbicara. Maka anak anak mereka pasti memiliki salah satu atau kedua dua sifat ini. Pandai nenek ku dulu menamakan yang abang dengan Abu Bakar dan yang adek bernama Omar. Walaupun aku tidak sempat menemui mu selepas aku dilahirkan, pasti aku akan ajukan persoalan ini pada nenek ketika aku mengujungi mu dikampong. Pasti nendaku dulu pernah mengkagumi dua manusia hebat yang tergulung dalam doa radiullah hu anhom. Membaca sejarah dan surah tentang mereka berdua menyerlahkan keajaipan yang luar biasa bersama keujudan mereka. Nampak bertentangan dari segi approach tapi sepakat dalam kedermawan dan sacrifies. Sosok sosok yang hebat yang diiktiraf oleh Tuhan dengan perkataan redho. Apakah periktirafan yang lebih hebat dari itu ?. Kalau ditimbang kedua amal mereka di sebelah dacing dan semua amal manusia lain di sebelah satu lagi masih tidak dapat mengimbangi mereka. Bertuahlah bagi sesiapa yang dapat mengkaji dan menteladani mereka. Siapa kah yang sanggup memberi commitment padu sehebat Omar?. Tidak ada yang main main semuanya mean business (serious), bersungguh sungguh. Dia kalah dengan ayat Quran yang dibaca oleh adeknya dan dia tak pernah kalah selepas itu. Dia kalah dengan ayat Quran seperti kalahnya Sungai Nil membaca surat yang dihantar Omar pada suatu musim kemarau. Hand on, itulah corak kepimpinan Omar pada rakyatnya. Berlumba membuat kebajikan dan menggalas tanggung jawab dibahu sendiri tanpa protokol dan komplain.
Masih lekat terbayang dalam ruang imiginasi ku tentang bertapa hebat nya ketika Omar sedang menulis "wahai sungai Nil, jika kau mengalir atas kudrat mu sendiri maka...." terpancar tahap tawakkal yang sungguh tinggi . Sungai Nil mengalir selepas itu sehingga lah kehari ini. Tidak kah itu hebat dan luar biasa ? Hebat setara mana lagi yang dicari yang layak untuk dijadikan mentordiri. Abu Bakar juga terbilang hebat di dunia dan dilangit. Hanya keimanan yang tuntas membolehkan beliau menyatakan dan mengiyakan perjalanan sahabatnya dari Mekah ke Baitul Muqadis naik ke langit dan pulang ke Mekah dari Isyak ke Subuh..........
.............................................................................................................................................................
Catitan Paulo oleh Paulo Coelho
In Paulo Coelho’s brilliant little book, The Alchemist, the author tells of a young lad sent by his father to a wise man to discover the secret of happiness. The wise man lived in a magnificent, faraway castle complete with sweet music, beautiful artwork, delicious food, and sprawling gardens. It was a wonder of the world.
After a long journey to the castle and waiting for hours to speak to the sage, the boy finally gained an audience. The wise man listened to the boy’s explanation for his visit, then answered, “I do not have time to reveal the secret of happiness to you.” Instead, he handed the boy a teaspoon with two tiny drops of oil in it, and instructed him to wander around the castle for two hours without spilling the oil.
The lad did as instructed, carefully climbing the high stairwells and creeping down the long hallways of the palace, his eyes always fixed on the teaspoon. When he returned to the wise man, he was asked, “Did you see my Persian tapestries, my extravagant gardens, my parchments in the library?” Embarrassed, the boy replied that he had not. He had been focused solely on the drops of oil in the spoon.
With this confession the boy was sent back to tour the castle, and this time he focused all his attention on the beauty that surrounded him. He returned to the wise man with excitement, thrilled at all he had seen. The wise man then asked, “And where are the two drops of oil I gave you?”
The boy realized that he had spilt them along the way. The wise man then revealed his “secret” to happiness: “Happiness lies in looking at all the wonders of the world and never forgetting the two drops of oil in the spoon.”
This parabolic story calls for a much needed balance: Joy is the product of being in tune with the world around us, while caring for the few precious things we have been given to carry on our journey. We cannot ignore the realities of our surroundings, and we cannot ignore our personal responsibilities.
But the real brains of Coelho’s story is that the wise man gave the boy only two drops to carry in his spoon; not a quart of oil, not a five-gallon bucket full, and certainly not a heavy, back-breaking tank of the stuff. It was only a couple of drops, revealing that happiness is maintained by keeping our personal load as light as possible.
Do you want to be happy? Lighten your load and simplify your life. The most deeply spiritual thing that some of us could do is have a garage sale. Purge our calendars. Resign from a few of our many activities. Our unhappiness can be related to a poor prayer life or the lack of reading the Scriptures.
We are carrying too much baggage. We are trying to manage too much stuff. We have too many possessions, too many obligations, and too many batons juggling in the air. This is an unqualified recipe for misery. Because all of these weights and concerns of life — most of which we have assumed (they haven’t been put upon us by anyone else) — are choking out any real chance at being happy, as we simply cannot carry our self-loaded burdens or lift our heads to see the beauty around us.
None of us can live our lives, worship our God, enjoy our world, or take care of those who have been given to us to love (these are the few, priceless drops in the spoon by the way), if we are constantly looking at our own shoelaces, burdened with ourselves and our many concerns.
Thus, when we simplify, we are doing much more than getting rid of physical possessions or conserving our precious time. We are sharpening our emotional focus; we are making spiritual space. We are choosing to be happy. Happiness, after all, is an intentional choice, and it is the wisest choice of all.
..............................................................................................................................................
Beza nya cara fikir Paulo dan Poksir dalam artikel yang di tulis Paulo seperti di atas hanya terletak pada perkataan "can" dan "isn't". Isn't adalah perkataan asal yang di tulis Paulo dan Poksir gantikan dengan perkataan can. Satu lagi perkataan yang menarik ia lah "Intentional choice". Ini lah perkataan yang membawa maksud yang menarik kalau kita benar benar cuba fikirkan.... inilah sambungan cerita Omar Abu Bakar.................
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Iam not talking or even writting about my father or my uncle perse. Iam writting about a great guy whom I met twenty five years ago in the land called United State Of America.
Kalamazoo adalah nama tempat di Midwest dimana aku dihijrahkan untuk menuntut ilmu di sebuah universiti yang asing di tempat yang asing. Detroit adalah nama tempat dimana aku menemui saudara Omar Abu Bakar buat pertama kali. Masjid Dearborn itulah tempat perjumpaan bersejarah tempat bermulanya satu babak kehidupan yang sangat menarik berhubung kait dengan "intentional choice"
atau niat suci dari kalbu seorang pak hitam (negro) bernama Omar Abu Bakar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kegembiraan warga kampus meraikan kedatangan hari sabtu sangat luarbiasa pada petang jumaat dimusim salji tahun 1987. Luar biasa dari pandangan seorang anak muda yang melalui waktu itu dibumi yang serba bebas. Bebas untuk memilih jalan hidup sendiri. Anak muda akan mencuba apa sahaja atas nama kebebasan. Ada yang memilih untuk melanggar batas batas agama yang terang dan ada yang mencari alasan yang manasabah untuk menghalalkan cara. Aku memilih untuk menambah koleksi tembakau yang banyak dipasaran. Maka berputaklah asap asap memenuhi ruang apartment tiga bilik di Bukit McKinley. Suka benar kawan kawan serumahku menjaja joke joke basi yang entah berapa kali di recycle kedalam gurauan. Ada sahaja cetusan baru ekoran dari cetusan yang ditokok tambah seenak rasa. Mengutuk rakan rakan mat saleh dan pak hitam dalam bahasa melayu negori tetap menjadi slot yang sangat menghiburkan... Kadang2 aku berbahasa spanish dari perkataan perkataan lucah yang ku pelajari dari kawan hispanic. Maka bolehlah aku rumuskan yang anak muda walau dari mana asalnya sangat pandai bergaul dan berhibur.
Hendoisma satu perkataan yang terlalu ganjil untuk anak muda yang advantures. Aku tidak faham makna perkataan ini sebelum aku membaca buku Faisal Tehrani. Aku faham kini apa yang dikata hiburan yang melampau kerana kebetulan ketika itu aku berada dipersimpangan mencari ketenangan.
Jika kita tidak cuba untuk mencari ketenangan yang tidak mahal atau percuma, maka kita akan tenggelam dari muka bumi ini dengan harga yang sangat mahal.
Aku fikir itulah enviroment yang dilalui oleh Omar Abu Bakar ketika sebaya dengan umur ku 25 tahun dahulu. Aku berumur 25 ketika itu dan Omar 50. Aku 52 kini tentunya beliau berumur 77 ketika ini. Kalau lah dia masih hidup ketika ini pasti beliau boleh berbangga dengan iman dan amal yang dilalui nya sepanjang 27 tahun yang lalu. Aku merindui membaca sejarah mu seperti aku merindui kehadiran diri mu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Wilbur Smith, adakah ini nama sebenarmu aku tidak pasti. Aku mengenali mu dengan nama Omar Abu Bakar. Pastinya Abu Bakar itu bukan surname bagi Omar. Pasti nama Abu Bakar itu bukan nama ayah kepada Omar, tapi kamu telah memilih nama itu selepas kalimah syahadah yang kau ucapkan di sebuah masjid di New York.
Berdiri mu dipintu masjid Falah New York di waktu zuhur mengundang ku untuk berkhayal apakah yang ada di fikiran mu ketika itu. Apakah yang menggerakkan kaki mu mencari masjid. Kenapa dan mengapa dan bagaimana ia nya boleh berlaku walhal ketika itu Amerika berada dizaman hippies dan woodstock. Zaman kemuncak kegilaan hiburan.
"Aku tertarik dengan pembelaan wanita dalam Islam" itulah jawapan yang kau berikan ketika ditanya pada satu sessi minum petang.
Aku mengambil satu pelajaran elektif ketika menuntut di University of New York, Omar mula membuka sedikit dari surah dirinya. Ketika menulis kertas kerja itu aku membuat perbandingan antara perempuan muslim dan wanita Amerika dari sudut perception umum. Pembelaan islam terhadap kaum hawa lebih membawa makna, maka aku kemasjid dengan intentional choice itu dan aku temui dua khalimah syahadah. Kata Omar sengkat bersama senyuman yang sangat bererti.
"It is not important to be born as a muslim but it is very important to die as a muslim" ayat ini menggerakkan diri ku untuk terus merapatkan diri kepada Omar. He must be somebody with caurage to ulter that words. and yes he is or yes he was.... That is the story of Omar Abu Bakar that Iam talking about.
Tamat universiti, dia bekerja di sebuah hotel sambil menunggu peluang lain. Ketika itu dia sudah islam, Islam dari segi nama tapi jahil dari segi ilmu. Bukan salah dia jugak kerana masjid dimana dia menemui Islam itu adalah masjid pak arab. Bukan nak kata arab tak pandai berbahasa inggeris tapi ketika itu, itu lah keadaan nya. Islam Omar ketika itu hanyalah Fatihah, solat dan doa. Maka tidak mustahil lah ketika itu Omar memanjatkan doa ini pada setiap lepas sembahyang , "Ya Allah, please send me a teacher". "Ya Allah, I want to know about the true religion, please send me a teacher" Cuba tanya diri sendiri, pernahkah kita berdoa sedemikian.? Itulah nak kata, Omar Abu Bakar ini memang seorang yang hebat.
Nak dijadikan cerita, pada suatu waktu dibumi puteh di timbusi salji, New York menggigil kesejukan.Berdiri seorang anak muda berkulit hitam mencari arah kiblat. Itulah keadaan Omar ketika masuknya waktu sembahyang zuhur dan asar sedang dia bertugas di hotel tersebut.
Mungkin kerana jiwanya yang tidak mahu menyusahkan orang atau keadaan ketika itu tidak mengizinkan. Dia selesa mendirikan solat dalam salah sebuah bilik air dihotel itu (jangan salah baca: bilik air dihotel itu jauh lebih bersih dan kering) . Sambil menadah tangan dia terus berdoa "Ya Allah.. please send me a teacher"
Nak dijadikan cerita, pada ketika Omar sedang berdoa dibilik air itu, masuk empat orang musafir kesejukan mencari bilik air untuk melepaskan hajat. Terpegun melihat seorang pemuda berkulit hitam sedang menadah tangan kelangit. Musafir berdiri dibelakangnya dan samasama mengaminkan doa itu. Menoleh kebelakang mereka berjabat tangan selepas menjawab salam.
Omar gembira menemui rakan baru yang fasih berbahasa inggeris. Pemuda dari India itu juga sangat gembira menemui Omar. Kelonal Amiruddin adalah yang lebih tua dari empat musafir itu. Dari janggutnya yang panjang dan puteh, dialah yang kelihatan lebih berilmu. Quran ditangannya dan bibirnya basah dengan zikir yang mendayu dan tegas. Omar selesa mengikut perjalanan musafir itu melawati setiap masjid di Bandaraya New York dan Omar menjadi petunjuk jalan nya.
Perjalanan ilmu bersama musafir dari India berjalan lancar selama empat bulan. Bila masuk bulan kelima mereka mula menyuarakan untuk kembali ke India. "If four of you will returned to India, who will teach me?"soalan Omar pada rakan musafirnya. Kelonal Amiruddin tidak menjawab. soalan itu menusuk jiwa nya. Dan sayangnya pada anak muda berkulit hitam itu melebihi keluarganya yang berada di India. Dia menangguhkan kepulangan nya demi bersama Omar.
"Marilah kita berniaga kerana bekalan ku sudah habis" suara Amiruddin. Omar terpinga mendengar luahan itu tapi faham dan bergerak untuk melakukan sesuatu. Omar pulang kerumah ibunya dan menyatakan hasrat tok gurunya yang ingin berniaga kecil kecilan. Ibunya faham akan kehendak anaknya yang baik itu, lalu sekalung rantai emas diberikan pada Omar. "Thank you mum, may Allah give you hidayah" peluk Omar dengan muka yang berseri.
Maka bermulalah perjalanan Omar berniaga kebab dan minuman panas disekitar masjid Falah. Sebelum zuhur kereta sorongnya sudah berada dipintu masuk masjid. Selepas zuhur dia turun dari masjid dan melayan tetamunya sehingga ke asar. Berhenti menunaikan asar dan sambung sehingga maghrib hampir tiba. "How are you doing, my friend" sapa Omar kembali bila ditegur ketika menolak kereta sorong kesuatu tempat selamat
Waktu maghrib adalah waktu yang ditunggu tunggu oleh Omar. Gembira dengan kemajuan perniagaan nya, dia juga tidak melepaskan peluang bersama tok gurunya mempelajari quran dan ilmu ilmu fardu ain. Sekali seminggu Amiruddin akan membacakan kitab tasawuf kepadanya. "Tasawuf juga adalah cabang dari fardu ain, ada orang panggil ilmu akhlak" kata Amiruddin pada suatu senja.
Ehsan dan ilmu laduni adalah satu konsep yang susah untuk difahami tapi Omar tetap mengamalkan setakat daya ilmunya seperti merasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan gerak gerinya. Lenggang lengguk tok gurunya beramal malam sentiasa cuba diikuti, tertib dan adap terhadap ilmu dan kesederhanaan dalam berkata kata menjadikan Omar seorang anak murid yang cepat diresapi ilmu.
Masa berlalu cepat, Omar berjaya menangguhkan kepulangan tok guru nya ke India selama enam bulan.Dia perasan sejak akhir akhir ini dia selalu mengaminkan doa doa sayu yang dibaca oleh Amiruddin. selepas sembahyang.
" If you want to go back to India, I will follow you, if you don't mind to bring me along" tutur Omar kepada Amirruddin ketika mengulurkan secawan cha (teh tarik) kepada tok guru nya.
"MasyaAllah, you can read my mind, I will be honored to show you our Taj Mahal" balas tok guru nya sambil tersenyum. "I can see that smiling face... now I have the chance to meet your daughter" gurau Omar menambah kegembiraan yang telah sedia ada. " Yaa Taj Mahal will loves to see Bilal with his broken Urdu" Balas Amiruddin sengkat.
"Don't you people speak english at all ?" soal Omar
"Not at our home and not at masjid, they speak urdu" jawab Amiruddin sambil membulatkan mata nya. "Do you let Taj Mahal to teach me urdu, I can teach her english" seloka Omar yang masih dalam mood bergurau. "Taj Mahal is the name of a manument my son, Aishah is the name of my daughter"
celaru Amiruddin membuatkan Omar terpinga sebentar
"Aisyah nama yang cantik, pengumpul hadith banyak mendapat sejarah yang sahih tentang kedudukan wanita dari kacamata Islam" jawap Omar cuba menutup kekeliruan nya.
"She is only fifteen years old, Bilal" Amiruddin cuba memberhentikan lamunan Omar.
"Yaa we are going to see her in two weeks time" sambil mengeluarkan dua tiket kapal terbang yang dibelinya pada petang tadi. Kegembiraan terpancar bersama persedian untuk perjalanan yang jauh itu.
"I need sometime to be with my mother, I will try to make her understand" Itulah alasan Omar bila menyerahkan kereta sorong perniagaan nya kepada seorang rakan yang rela mengambil alih.
"Why don't you bring along your mother to India?" pelawa Amiruddin.
"I wish she could, but she has two other daughters still in high school" Omar cuba memberikan rational tentang keadaan keluarga nya.
"Is India very near to Yaman?" terpacul soalan yang tidak terduga dari emak nya.
"No mum, Yaman is in Afrika. From where that Yaman name come from you is a bit misterious" Omar cuba mencungkil asal nama yang asing itu.
"Both your great grand parent were from Yaman" terang emaknya secara ringkas.
"They must be muslim before they came to America?" Omar menyambung kenyataan emaknya. "Ya I used to see them praying to Allah but I was too small to understand it" They died during the cholera apedemic, and right after that my parent move to New York from the south.
"MasyaAllah" terpacul kalimah kekaguman ini dari mulut Omar
"What are you saying Wilbur?" ibu nya kebingungan dengan ayat akhir dari Omar. "Ironically,Islam came back to this family after the third generation, isn't that the mercy of Allah to our family? Ibu nya agak keliru dengan ayat yang akhir ini, tapi Omar menyambungnya dengan tekad yang lebih tinggi tentang perjalanannya ke India.
"How long you will be in India" tanya emaknya setelah faham akan tekad anaknya.
"God knows for how long, and I will be back even before you realise it" pujuk Omar.
"How do you survive?" tanya emaknya agak kebimbangan.
"I still have some extra from the business, and I will work to support myself" terang Omar dengan yakin dan bertawakkal.
Di pendekkan cerita, Omar berjaya bertahan di India selama empat tahun. Ilmu agamanya datang bersama bahasa Urdu yang fasih.. Urdunya cair seperti bahasa english yang menjadi lidahnya dari kecil. Kefasihan urdunya menjadikan dia seorang penterjemah bahasa ilmu yang banyak memberi manfaat kepada mereka tidak berbahasa urdu. Ramai musafir ilmu yang datang ke India hanya dengan bahasa ibunda dan sedikit english akan mencari Omar untuk penerangan dan pencerahan. Keistimewaan yang ada pada Omar membolehkan dia duduk sebaris dengan maulana maulana di barisan hadapan. Kehalusan bahasa urdu dapat dikupas dengan english yang baik, maka kefahaman ilmu akan lebih cepat datang.
Agak gempar bila Omar menyatakan hasratnya untuk kembali ke New York. Ramai membuat telahan yang bekalan kewangannya sudah habis dan mereka menyatakan hasrat ingin membantu. Ada yang menyorongkan anak perempuan untuk dijadikan isteri kepada Omar. Tapi Omar menolaknya dengan baik. "My family need me more right now, my people in America need me more" itulah jawapan dari Omar yang tidak dapat dihujah oleh rakan rakan nya termasuk Amiruddin.
Sebagai seorang rakan yang baik, Amiruddin masih boleh menyelitkan nasihat yang boleh mempengaruhi tindakan Omar. Dengan bahasa urdu yang berhemah Amiruddin berkata. "Omar anakku, dan rakan ku. Sebelum anda pulang ke New York eloklah dari segi adab anda mengunjungi Nabi di Madinah dan sekali mengerjakan haji di Mekah"
"Apakah nasihat yang lebih baik dari itu" jawab Omar menyetujui saranan tok gurunya.
Bila musim haji hampir tiba, keluarga Amiruddin sudah mula bersedia dengan bekalan yang difikirkan perlu. Mesyuarat mingguan di masjid juga telah memutuskan hari perjalanan rombongan haji dari Saharanpur, Utter Pradesh. Ramai yang menyatakan ingin turut serta dan ramai juga yang datang meraikan sahabat.
Sheikh Solleh hadir dengan tujuan berbeza, dia datang dengan pacuan empat roda yang sarat dengan pakaian lelaki. Dia datang kerana ingin membahagikan pakaian nya kepada sahabat sahabat yang akan ditinggalkan. "Iam going back to Saudi" katanya nya dalam bahasa english pelat. " Please accept my humble gift and please make doa for my save journey back home" tambahnya lagi.
Tiga helai jubah puteh di hulurkan kepada Omar. Omar merangkulnya tanda silaturahim.
"I will be honored if anybody can join me to drive with me on that wheels" pelawa Sheikh Solleh kepada Omar dan sahabat yang berkumpul. Semua yang hadir berpandangan. Ramai yang menggelengkan kepala kerana telah menempah tiket pernerbangan. Ada juga yang memberi alasan kerana pergi bersama keluarga. Kelonal Amiruddin yang berdiri hampir disitu berpandangan dengan Omar dan Solleh. Perjalanan darat itu menepati jiwa juang nya.
"I have not paid for the flight ticket as yet, maybe we can use that money for the gas" Amiruddin memberi jalan kepada Omar untuk membuat keputusan.
Omar tidak terus membuat keputusan. Dia mempelawa dua sahabat itu bersama seorang lagi sahabat yang sehaluan bernama Yusof, kedalam masjid menemui imam dan saudara tua yang berada disitu.. Mesyuarat tergempar itu tangkas membuat keputusan, mereka merestui usul itu. Maka bersalamanlah mereka dengan muka yang berseri.
Hari yang dijanjikan tiba dengan cepat. Sekali lagi masyarakat setempat datang mengucapkan selamat jalan dan selamat tinggal. Selepas subuh perjalanan bermula diiringi doa. Omar dan Solleh sayu meninggalkan kenalan seagama nya. Yusof, musafir dari Malaysia itu juga agak terkesan dengan layanan dan pengalaman di Mazahirul Ulum.
Keutara menuju Kasymir kemudian kebarat merentasi Pakistan mengikut jalan yang bersempadan dengan Afganistan sebelum merentasi Iran dan tiba di Kuwait. Masuk sempadan saudi dari utara menuju ke selatan kepinggir kota Madinah dimana keluarga Sheikh Solleh ramai menetap disitu. Meraka tidak menyangka pacuan empat roda itu akan kembali kesitu selepas tiga tahun menghilang. Berhenti di depan masjid bersebelahan dengan rumah keluarga Sheikh Solleh, Jemaah masjid baru selesai mengerjakan Asar, mereka datang mengerumuni kereta Sheikh Solleh dan berkenalan dengan tiga warga asing yang berpakaian ala taliban. "Ahlan Wasahlan" itu sahaja itu sahaja ucapan dari masyarakat arab yang agak senang dimengerti maksudnya. Yang lain itu seperti ayam dan itek dan banyak kepada bahasa isyarat. Omar menjadi tumpuan masyarakat kampong mungkin kerana sosoknya yang lebih besar dan gelap. Kehadiran permuda hitam dari Amerika itu mempunyai tarikan tersendiri disamping Omar memang seorang peramah yang sentiasa selalu mendahului dalam memberi salam.
Mungkin pembaca mengharapkan penulis akan menyambung cerita di perkampongan Sheikh Solleh atau perjalanan yang panjang dari India ke Saudi.Namun penulis bercadang untuk menyimpan cerita itu untuk tulisan terkemudian.
Kita balik ke cerita Omar Abu Bakar yang datang menziarahi Madinah dan mengerjakan haji diMekah.Keistimewaan dua kota suci itu sangat menambat hati Omar untuk terus menerokai setiap jalan dan lorong dan bukit dan gua yang dilalui oleh Habibullah dan sahabat sahabatnya. Berbekalkan ilmu hadith yang banyak, Omar dapat merasakan kehadiran setiap jiwa yang ditinggalkan sejarah untuk diulang bicara. Setiap masjid yang disinggahi nya akan menerima soalan sejarah mengenai tempat itu dari Omar. Menemui orang alim dan tok guru setempat adalah aturcara harian bagi Omar dan Sheikh Solleh. Sheikh Solleh sangat gembira menceritakan nya dalam bahasa arab dan english yang pelat. "How come you can catch arabic so fast whereas I can't do the same for english" luahan Sheikh Solleh pada suatu hari. "Because you don't think in english whereas this place forced me to act and think like an arab" jawab Omar.
Lima tahun berlalu dengan begitu cepat, Omar mengsyukuri kesempatan yang telah diaturkan untuknya.
panjang umur kita sambung

No comments:
Post a Comment