Five Tips for a Distraction-Free Writing
Experience
Many
aspiring book authors find it difficult to dedicate time to writing. Here are
five ideas on how you can maximize your writing time while trying to keep
distractions at bay.
1.
Write offline. The Internet can both be a good source of information and
distraction. An obvious solution is to disconnect your desktop or laptop from
the Internet and write offline.
2.
Schedule your “distractions.” List down important tasks and errands, and
make a schedule for these tasks. Then, when you’re done with them, just write.
No more excuses that you can’t find enough writing time.
3.
Turn off your cell phone. How can you concentrate on your writing if
you’re checking your phone every few minutes? Do yourself a huge favor, and
turn off your phone for the duration of your writing time.
4.
Find your own writing place When you’re in a comfortable writing place,
you tend to leave distractions at the door. For some, a comfortable writing
place is a quiet library; for others, it’s a busy coffee shop. The point is to
find your own special writing place, get comfortable, and just start writing.
5.
Write early mornings or late nights. Early-morning writing provides some
writing time before a busy day begins, while late-night writing gives peace of
mind because a busy working day is done.
Try
these tips and you might just finish your novel, autobiography, or collection
of short stories or poems earlier than expected.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Yaa that is what I’am
going to do, start writing!.... bila biul ku datang, aku ingin menulis pasal
BIUL
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Boleh lah kau ketawa pada ketika ini mengenangkan peristiwa lima
tahun dulu (14/6/2013) sebab kepala mu sekarang
tidaklah sebiul dulu. Itu pun jika
ubat biul yang doctor bagi tidak menghilangkan terus ingatan dari benak
mu. Sungguh pun aku tidak dapat membaca
apa yang ada dalam fikiran mu ketika itu, tapi tindakan sub conscious mu menyatakan
dengan terang akan kemarahanmu kepada
semua yang meremehkan diri mu seada nya. Dari keluarga, dari kawan dari jejaka
ditepi jalan, semua nya memandang serong dan sinis kepada perangai biul mu yang
tidak berpijak dibumi nyata. Sedikit terkeluar dari lunas kebiasaan (luar
biasa) maka kamu di panggil biul, jari
telunjuk berpusing ditepi telinga.
Ramai yang simpati tapi tidak ramai yang mengerti. Aku juga
tidak mengerti bagaimana kamu boleh jadi biul begitu. Molek molek ada lima
tahun dulu, ada keluarga ada kerjaya. Tiba tiba biul. Urat mana yang putus aku tak pasti tapi aku boleh
agak mesti sehelai dua urat antara dua
telinga mu yang terpusing kehadapan. Membuatkan kamu cuba meninggalkan
kehidupan sekarang yang menyempit kepada
kehidupan kehadapan yang lebih indah dan
seronok. Dan kamu tidak sabar untuk menuju ke sana.
You have the right to be happy, itulah basic right yang sibiul suka dan percaya,tapi bila ianya berlaku hanya dalam fantasi maka kamu hanya boleh tersenyum dan mengilai sendirian.
Segala yang menghalang hak mu untuk gembira akan ditentang berdepan kali ini.
Ini lah yang membuatkan biul mu menjadi
biul tahab gaban. Gaban meriwah tahap gila bila seseorang berkata semua yang
lain biul aku tidak. Maka layaklah kamu
duduk diwad Dahlia.
Kesianku bukan kerana simpati atau simpatiku bukan kerana
kesian. Cuma aku tidak sanggup
membiarkan kebiulanmu mengalahkan kebiulan ku. Biar bagaimana biulpun, biulku
datang bersama pengalaman dan sadikit
iman.Sedangkan biulmu datang bersama kesengsaraan. Atas dasar ini kebiulan
(baca:kreativiti) akan aku lawan dengan biul jugak. Semuga surah biul ku
ini akan menghasilkan kebiulan
baru kepada semua .
Kebiulanmu mengundang aku untuk menulis. Bukan untuk
memperlekehkan mu atau mengaibkan mu kemata dunia, cuma ini satu catitan biul
dari seorang yang biul juga. Aku kata catitan biul kerana orang biul sahaja
yang cuba memahami kebiulan orang lain.
Orang siuman, orang normal cuma boleh memberi
simpati dan bergosip sehingga ke pagi. Aku bukan seorang silent
observer yang mati bersama tragedy.
Pentingnya kebiulan ini ditulis sebanyak banyak nya agar jadi rujukan yang bermanfaat kepada
pengkaji pengkaji yang terkemudian. Setidak tidaknya doctor doctor saikoloji
dapat manfaat dan menyatakan biul takad mana catitan ini ?.
Biul Hishamuddin Rais telah melakarkan dengan jelas dalam
buku nya tiga tahun tahun sebelum kejadian PRU13. Itu lah biulnya saorang
aktivis. Pengalaman yang merentas dunia,
pembacaan yang banyak . Beliau mengikut biul dia sendiri. Berlagak macam pengarah filem tapi kata
katanya mesti didengar. Kalau mahukan filem itu tamat dengan sempurna. Dia kata
biul itu cool. Cool itu luar biasa ,hanya yang cool boleh bertahan lama.
Ramai lagi pengarah pengarah yang biul hidup sezaman dengan
Hishamuddin dan aku. Yang paling tua ialah Pak Samad dan TGNA dan Aki Dollah.
Tak sanggup pulak nak panggil Pak Samad dan TGNA sebagai biul tapi Aki Dollah memang biul,
kalau baca postingnya diFB menyerlahkan kebiulannya sama seperti RMS. Siapa pulak RMS ini ya ? RMS adalah Raja
Mohd Shahrim atau yang sewaktu dengan nya.
Biul segala biul ialah Anwar Ibrahim. Biul sungguh DSAI ini kerana berani mencantumkan PAS, DAP dan PKR di bawah satu bumbung Pakatan Rakyat. Siapa sangka kebiulan tersebut mencetuskan satu kesedaran baru tentang kepincangan yang melanda bumi bertuah ini. Rata rata mula faham apa itu kerajaan minority. Tidak membiarkan kerajaan minority memerintah dengan tenang adalah reponse yang munasabah dari puak majority popular. Di dukung oleh panglima panglima perang yang hebat dan berkelibar. Mereka berjaya merobohkan tembok ketakutan dan perkauman, maka lahirlah jenerasi rabun warna (colour blind) yang tidak memakai tongkat. Ramai juga yang tidak percaya yang bara perkauman itu tidak akan padam sepenuhnya tetapi setidak tidak nya pemimpin pemimpin telah menunjukan keikhlasan pada tahap yang boleh dibaca oleh rakyat. Anak muda mengawasi trend baru ini dengan teruja. Mereka lebih biul. Mereka boleh menghalau lembu dengan capaian computer. Kalau lembu tidak faham bahasa computer, mereka turuti sehingga ke padang bersama air dan garam.
Kebiulan ini disarahkan oleh Pak Hisham Rais dengan baik dan terang pada tiga hari sebelum Merbok Blackout (622) berlaku

Pada jam 2:00 petang
hari Sabtu 22 Jun 2013 ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan
raya untuk menunjukkan perasaaan di Dataran Padang Merbok – Jalan Parlimen.
Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo?
Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.
Saperti biasa kita
akan terbaca kenyatan biul dari PDRM melarang himpunan ini kerana haram. Orang
ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk
Bandar Kuala Lumpura menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah
semenjak tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata nista dan cerca
tentang demo ini dari kaca tv.
Ngo Melayu Islam akan
tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru Silat dengan Ilmu Ghaib
berjanji akan datang untuk membuat demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar
akan menggoyangkan buntut membatah Perhimpun Satu Juta Rakyat di Dataran Padang
Merbok. Akan ada temubual dengan Mamat Pemandu Teksi dan Mat Tuan Punya Warong
yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata
pencarian.Semua ‘heboh-heboh’ diatas hanyalah berita yang dimunculkan khusus
untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh Abang Polis ini tidak menjawab
soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya : Ratusan
ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi
oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu
menerima keputusan PRU13. Orang ramai marah maka mereka ke jalan raya berdemo.
Kenapa perlu berdemo?
Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut 7 orang Pesuruhjaya SPR meletak
jawatan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang
terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek
persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini
adalah satu lagi projek tipu dari United Malays National Organisation. Projek
ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat
sungguh pun popular.dan kerajaan minority beraja di parliman.
Masih tidak yakin
sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?
Biar saya terangkan
bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka
pilihan raya itu akan diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini saheh atau
hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?
Biar saya surahkan
sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka
pilihan raya itu akan diharamkan. Untuk anak anak muda, untuk jenerasi yang
lahir sesudah tahun 70’an pasti tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada
pemilihan – ada pengundian – untuk memilih Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.
Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipileh melalui undi orang ramai.
Bagitu juga Ahli-ahli Majlis Tempatan – semua dipilih melalui pengundian.
Sejarah membuktikan
bagaimana disetiap kali pemilihan Kerajaan Tempatan ini dijalankan yang menang
ialah Parti Rakyat, Parti Buruh atau kumpulan Front Sosialis. Ini sebelum Parti
Buruh menjadi arwah. Kota Pulau Pinang, kota Melaka, bandar Seremban atau
bandar Johor Bahru – semuanya dikendalikan oleh Ahli Majlis yang dipileh oleh
warga kota. Kota Ipoh pula dimenangi oleh PPP – sebelum parti ini menjadi
mandul.
United Malays National
Organisation tidak dapat bernafas. Parti Ketuanan Melayu tidak pernah dapat
menguasai Kerajaan Tempatan melalui pilihan raya. Maka pada tahun 1964 Pilihan
Raya Kerajaan Tempatan diharamkan hingga ke hari ini. Pada hari ini semua Ahli
Majlis – DBKL, MBPJ, MBS dan dan dan... semuanya dilantik.
Surah ini membuktikan
dengan saheh bahawa pilihanraya di Malaysia ini jika dapat mengubah apa-apa
maka pilihan raya itu akan diharamkan.
Lalu timbul soalan
sampingan. Apakah demo ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Jawabnya:
Menggulingkan kerajaan yang zalim itu satu kewajipan. Bukan satu yang pelik
jika ada sesiapa yang turun berdemo dengan niat mahu menggulingkan kerajaan.
Ini bukan satu niat yang salah.
Biar saya terangkan disini
bahawa Nik Aziz juga bercita-cita untuk menggulingkan kerajaaan Barisan
Nasional. YB Nurul Izzah juga memiliki niat yang sama. Timbalan Presiden Pas
Mat Sabu juga bercita-cita untuk mengulingkan kerajaan United Malays National
Organisation. Lim Kit Siang anak beranak pun mahu menggulingkan kerajaan hari
ini.
Malah Najib Razak
sendiri secara terbuka berniat untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di
Selangor. Datuk Mustapa Muhamed telah merancang dengan licik dan lama untuk
menggulingkan kerajan Pas di Kelantan. Justeru menggulingkan kerajaan bukan
satu yang jahat.
Lalu ditimbulkan
hujjah bahawa Nik Aziz, Mat Sabu, Lim Kit Sing atau Nurul Izzah mahu
menggulingkan kerajaan United Malays melalui pilihan raya. Tetapi seluruh
rakyat Malaysia sedar bahawa mustahil United Malays National Organisation akan
dapat digulingkan melalui pilihan raya.
Dari sinilah muncul
wacana hakiki tentang kemustahilan kerajaan zalim ini digulingkan melalui
pilihan raya. Mustahil kezaliman ini dapat ditamatkan melalui pilihan raya.
Tidak mungkin United Malays National Organisation akan kalah dalam pilihan
raya. Ini kerana sistem pengundian – sistem pilihan raya itu – telah direka dan
dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang.
Menuntut pilihanraya
bersih dan adil – perjuangan Bersih - adalah satu kerja yang baik. Tetapi
mustahil United Malays National Organisation akan melunaskan 8 Tuntutan Bersih.
Mustahil Parti Ketuanan Melayu ini mahu menjalankan satu pilihan raya yang
bebas dan adil. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil Pakatan Rakyat akan
menang manakala United Malays National Organisation akan dimasukkan ke dalam
tong sampah sejarah.
Lalu timbul lagi persoalan
– Apakah dengan tunjuk perasaan ini akan berlaku perubahan. Jawabnya: Boleh
berlaku perubahan. Dalam satu demo yang besar ianya akan memberi tekanan yang
kuat terhadap Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam United Malaya National
Organistaion. Kalau satu juta rakyat turun ke jalan raya. Kalau ratus ribu
rakyat turun ke Dataran Padang Merbok dan mereka TIDAK berganjak dari
menuntut 3 Tuntut #TIPU505 maka elit politik akan retak dan pecah.
Lihat sekarang
bagaimana Pengerusi SPR telah membuat kenyaataan bahawa dia telah menjalankan
tugas dengan baik maka tidak perlu letak jawatan. Kenyataan ini bukan ditujukan
kepada penyokong demo jalan raya. Kenyatan ini ditujukan kepada tuanya bernama
Najib Razak. Den dah buat kojo jahat apo pulak kao nak buang den – inilah isi
hati si penjenayah yang semakin sedar tali gantung telah semakin hampir.
Kenyataan terbaru dari
Pengerusi SPR ini lagi lawak dan lagi seram. Si Mamat ini kini merasa sedih dan
kecewa kerana dakwat kekal TIDAK kekal. Lihat bagaimana berapa hari sesudah
PRU13 dijalankan Si Mamat ini amat anggkuh dan kurang ajar. Mamat ini telah
menolakk wujudnya penipuan dakwat kekal. Lampu padam tidak wujud. Gambar lampu
padam ditempat pengiraan undi sengaja diada-adakan. Semua hujah Pakatan Rakyat
dianggap fitnah..
Kenapa hari ini sedih
dan menyesal? Jawabnya: Si Mamat ini merasa sedih dan kecewa kerana Si Mamat
ini tahu pada 22 haribulan ini ratusan ribu rakyat akan turun ke jalan raya.
Ratusan ribu rakyat ini TIDAK akan pulang sehingga Si Mamat ini bersama
6 lagi Pesuruhjaya SPR meletakan jawatan. Tali gantung semakin hampir kerana
itu si Mamat ini sedih dan kecewa.
Perubahan bunyi suara
Pengerusi SPR ini membuktikan bahawa politik jalan raya telah membawa hasil.
Kini rakyat Malaysia juga sedar bahawa elit politik dalam United Malays
National Organisation sedang retak. Mereka sedang bergaduh – tuduh menuduh –
menyalahkan satu sama lain. Kini telah ada ura-ura untuk menendang Najib. Ada
rancangan untuk menobatkan Tengku Razaleigh sebagai ganti.
Perubahan politik ini TIDAK
akan berlaku jika rakyat TIDAK turun ke jalan raya. Kalau orang ramai
tidak turun ke jalan raya menolak penipuan maka gerombolan United Malya
National Organisation akan terus berkenduri kendara merompak harta negara kita.
Jika rakyat TIDAK turun
ke jalan raya maka dunia luar tidak sedar tentang penipuan yang telah berlaku
dalam PRU13. Masyarakat dunia juga tidak sedar bahawa rakyat Malaysia telah
menolak keputusan PRU13. Semua ini akan berubah pada Sabtu 22 Jun ini. Pada
petang Sabtu ini ratusan ribu rakyat di jalan raya adalah papan poster rakyat
Malaysia kepada rakyat dunia. Papan ini tertulis :Bahawa rakyat Malaysia
menolak keputusan PRU13.
Inilah kejayaan
politik jalan raya. Imej-imej orang ramai dijalan raya akan tersebar luas ke
seluruh dunia. Gambar-gambar anak muda di Dataran Padang Merbok akan manaikkan
taraf anak muda Malaysia sebaris dengan anak muda di Dataran Tahrir. Imej-imej
berdemo akan menobatkan anak muda Malaysia setaraf dengan anak- anak muda di
Dataran Taksim.
Kita bukan Arab
Spring, kita bukan meniru Dataran Tahrir , kita bukan mengikut anak muda Turki
adalah cakap cakap kosong. Yakinlah bahawa ramai rakyat Malaysia ini mahu
melihat Najib di tangkap saperti Husni Mubarak. Yakinlah majoriti rakyat
Malaysia – 52% - mahu menghancurkan United Malays National Organisation.
Yakinlah bahawa ramai anak muda pada Sabtu ini ingin membuat sejarah sama
saperti di Dataran Tahrir atau di Dataran Taksim. Ini kerana dunia ini akhirnya
adalah milik anak muda.
Semboyan yang sama
ditiupkan oleh seluruh pimpinan PR kecuali sekumpulan yang redho dengan
penipuan. Kumpulan ini juga akan dipantau dengan teliti. Sosok sosok yang mula
nak letih ini akan di asak oleh pengundi pengundi mereka sendiri. Pejuang
rakyat bukan setakat berjuang ketika pilihan raya sahaja. Pejuang rakyat adalah
pejuang kebenaran dan keadilan.
Ramai
dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan
mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung
risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar
telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan
cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah.
Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.
Ciri Pejuang
Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang.
Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.
Membaca novel ‘Penyeberang Sempadan’ oleh sasterawan Negara Dato Anwar Ridhwan sangatlah mengesankan. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca.
Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan.
Beliau menjadi ‘orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang? Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?
Kehebatan
Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.
Filem mengenainya The Amazing Graze benar-benar menjadikan perasaan sebak dan semangat membakar. Nelson Mandela juga hebat sebagai pejuang. ‘Long Walk to Freedom' menjadikan kita terpukau dengan kesanggupan menanggung derita yang begitu berat untuk sebuah perjuangan yang diyakini benar. Sanggup dipenjara, tidak rela dibebaskan jika perjuangan tergadai. Hebat!
Gandhi juga pejuang yang hebat yang menggunakan sentiment rakyat untuk mencapai kepentingan perjuangan yang baik. Florence Nightingale merupakan wanita gigih lagi mulia yang berjuang untuk memberi khidmat kepada orang lain. Mother Teresa juga termasuk dalam gulungan ini.
Menonton filem Sang Pencerah menjadikan saya bersemangat untuk mengikuti watak utamanya iaitu Kiyai Ahmad Dahlan yang merupakan tokoh besar sejarah tajdid agama di Indonesia. Terasa menusuk jiwa. Perjuangan dan cabaran. Bak kata sang sufi ‘sesiapa yang tidak rasa, tidak dapat memahaminya'.
Terlalu ramai lagi jika hendak disebutkan dalam sejarah pembinaan tamadun manusia. Mengiktiraf keperwiraan seseorang pejuang, bukan semestinya kita menyokong ataupun bersetuju dengan semua pegangannya. Kita mungkin tidak bersetuju dengan 'socialism' Che Guevera, namun kita perlu akur dia pejuang yang handal dan ada nilai-nilai positif yang patut dipuji pada dirinya.
Iktiraf
Golongan
agama di samping membaca dan mengkaji tentang sejarah para pejuang ‘agama',
perlu juga melihat sejarah para pejuang lain dari pelbagai latar supaya kita
memiliki horizon penilaian yang lebih luas. Jika pun kita tidak bersetuju, kita
wajar juga mengiktiraf kesungguhan dan mempelajari strategi yang telah mereka
lalui.
Bahkan tidaklah salah untuk kita mengiktiraf kebaikan perjuangan mereka dan menyertainya jika ternyata itu satu kebaikan. Seperti yang selalu disebutkan bahawa Nabi s.a.w mengiktiraf dan menyokong perjanjian yang dibuat oleh Quraish semasa jahiliah kerana isinya membela golongan yang ditindas.
Al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi dalam kitabnya as-Sunan al-Kubra meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad'an. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai."
Di samping kita juga perlu tahu, mungkin ramai dalam kalangan mereka yang tersenarai sebagai pejuang itu tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar. Maka, kita tidak boleh menuntut untuk mereka mendasari perjuangan mereka kepada ajaran Islam seperti yang kita fahami.

Firman
Allah: (maksudnya) "Tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sehingga Kami
mengutuskan seorang rasul" (Surah al-Israk: 15).
Dikenang
Ramai pejuang yang tidak dikenang semasa hayat mereka. Bahkan kebanyakan pejuang itu menderita semasa hidup mereka. Diburu, dihina, dicerca, dipenjara, diseksa bahkan ada yang dibunuh.
Nilai perjuangan pula, diukur berdasarkan kepada aliran masing-masing. Seseorang mungkin dianggap pejuang oleh satu pihak, tetapi mungkin pulak dianggap pengkhianat oleh pihak yang lain. Bukan semua pejuang mendapat pengiktirafan menyeluruh oleh bangsa dan negaranya.
Betapa ramai pejuang yang difitnah semasa hayat mereka dan fitnah itu terus dibawa sehingga mereka telah lama pergi meninggalkan dunia ini. Kemudian apabila pejuang itu dikenang, apa penghargaan yang hendak diberikan selepas mereka tiada?!
Saya pernah berkata kepada seorang ketua negara yang berbicara dengan saya secara peribadi bahawa ramai pemimpin yang dikenang jasanya dengan diberikan nama bangunan, atau jalan raya atau sekolah atau bandar sempena namanya.
Dapatkah dia merasai nikmat itu? Dapatkah dia merasa kenikmatan hanya kerana namanya disebut selepas mati? Sedangkan dia berhadapan dengan Tuhan yang akan mempersoalkan segala tindakan dan amalannya.
Ramai pula yang mengaku jujur dan ikhlas, sedangkan maksud sebenarnya Allah mungkin tidak demikian. Maka dalam Islam, seseorang yang hendak berjuang, terlebih dahulu hendaklah dia membetulkan niatnya dengan tuhannya. Keimanan yang luhur kepada pembalasan baik dan buruk terhadap amalan di dunia ini boleh menjadikan seseorang itu pejuang yang sejati.
Balasan nikmat dari Allah itu yang paling diharapkan. Pengiktirafan Allah itu maha penting. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah berperang kerana-MU sehingga syahid". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu".
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?" Dia menjawab: "Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu".
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: "Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: "Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya kerana-MU". Allah berkata: "Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu". Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).
Tiada syurga untuknya, sebaliknya baginya neraka. Maka, dalam Islam sesiapa yang ingin berjuang hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah, kemudian memastikan dia berada pada landasan perjuangan yang betul yang Allah redha padanya.
Nabi s.a.w pernah ditanya: "Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dr Asri seterusnya berkata, pejuang Islam ialah seorang ikhlas niat dan benar jalan perjuangan yang dipilihnya.
Apa sebenarnya
sedang berlaku? Apa yang sedang berlaku ialah keputusan PRU13 ini telah
menimbulkan kesangsian oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelas bahawa
penipuan telah berlaku. Dalam negara Asean mungkin hanya negara Singapura yang
tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini kerana Najib
Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.
Selesai sahaja PRU13
ini kelihatan semakin ramai warga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem
pilihan raya di Malaysai ini sebenarnya hanyalah gula-gula untuk menipu orang
ramai. Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.
Penipuan PRU13 ini
muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasar politik dan
dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelah kepada orang ramai. Rompakan harta
negara atas nama pembangunan. Menjarah tanah orang kampong atas nama
pembangunan. Merampas tanah dalam bandar atas nama MRT. Semua ini telah
diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini di ketahui
umum.
Parta politikus yang
memiliki pandangan bahawa pada PRU14 Pakatan Rakyat akan menang sebenarnya sedar
akan kemustahilan untuk mengulingkan sebuah rejim yang zalim melalui pilihan
raya. Merekja sedar tetapi mereka takut mengahadapi kenyataan bahawa jika bukan
pilihan raya maka tidak dapat tidak jawabnya pilihan jalan
raya.
Sebenarnya yang
TIDAK bersedia bukan rakyat tetapi orang yang berkata ‘rakyat belum
bersedia’. Rakyat dituduh sebagai TIDAK bersedia. Rakyat dituduh belum
berani. Biar saya terangkan disini bahawa rakyat sentiasa bersedia. Rakyat
sentiasa berani mahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia sila
terangkan bagaimana 52% rakyat Malaysia ini memilih Pakatan Rakyat dan menolak
total United Malays Natioonal Organisation dalam PRU13?
Persempadan semula
ini adalah batu nisan. Persempadan semula ini bukan hanya batu nisan yang
memustahilkan apa-apa perubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini akan
melucutkan kerusi-kerusi parlimen yang ketika ini di menangi oleh Pakatan. Ini
makna hakiki persempadan semula.

TIDAK ADA PILIHAN
Satu Dunia telah tahu bahawa United Malays National
Organisation telah menipu untuk menang dalam PRU13. Bukti paling jelas ialah
apabila Presiden Indonesia Susilo Bambang bertemu dengan Anwar Ibrahim di
Bali. Anwar dilaporkan oleh media Indonesia sebagai tamu resmi Presiden
Bambang.
Bertemu sebagai tamu ini bukan satu yang asing.
Menyambut Ketua Pembangkang dari negara mana pun bukan satu yang salah. Ini
tugas resmi seorang Presiden. Tetapi apa yang jengkel – apa yang ganjil – ialah
Najib Razak juga sedang berada di Jakarta pada waktu dan ketika yang sama. Najib
Razak ialah Perdana Menteri bukan Ketua Pembangkang ( belum lagi). Tetapi Najib
Razak TIDAK menjadi tamu Bambang Susilo. Najib hanya pukul talipon.
Pelik?
Bukan pelik tetapi dalam bahasa diplomasi – dalam bahasa
adat istiadat negara – perbuatan pukul talipon ini dibaca sebagai satu
penghinaan. Najib hanya dapat memukul talipon bercakap dengan Bambang walhal
Anwar Ibrahim duduk bersembang panjang dengan Bambang.
Untuk memedihkan luka didada Najib Razak kelihatan di
seluruh kota Jakarta papan iklan yang memaparkan wajah Anwar dan Wan Azizah
dengan ucapan ‘‘Selamat Datang’. Mustahil iklan besar berwajah Anwar ini gagal
dilihat oleh Najib kerana ianya terpampang merata-rata. Siapa punya kerja
memasang iklan ini? Jawabnya: wallah hualam bisawwab.
Apa sebenarnya
sedang berlaku? Apa yang sedang berlaku ialah keputusan PRU13 ini telah
menimbulkan kesangsian oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelas bahawa
penipuan telah berlaku. Dalam negara Asean mungkin hanya negara Singapura yang
tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini kerana Najib
Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.
Jemputan Bambang kepada Anwar dan keengganan Bambang
menyambut Najib itu dalam bahasa diplomasi ialah : Indonesia tidak menerima
bulat bulat keputusan PRU13. Bahasa daqn nahu diplomasi ini amat halus. Kita
hanya membaca tanda dan makna dari cara Najib memukul talipon untuk bercakap
dengan Bambang.
Ketika saya menulis ini parlimen sudah mula bersidang.
Para ahli parlimen telah angkat sumpah. Tetapi yakinlah bahawa kes Tipu PRU13
ini belum selesai. Orang ramai , anak muda dan dan anak semua bangsa
TIDAK berpuas hati kerana kemenangan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh
United Malays National Organisation. Ketidak puasan hati ini pasti akan
diterjemahkan. Yakinlah.
Keangkuhan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan
satu yang tidak baik. Sebenarnya mereka berdua ini telah banyak membantu
menaikkan kemarahan orang ramai terhadap lembaga SPR itu sendiri. Semakin banyak
kenyataan yang keluar dari mulut malaon berdua ini semakin merundum keyakinan
orang ramai terhadap lembaga SPR.
Selesai sahaja PRU13
ini kelihatan semakin ramai warga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem
pilihan raya di Malaysai ini sebenarnya hanyalah gula-gula untuk menipu orang
ramai. Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.
Bertahun-tahun saya telah menulis, berceramah dan
berforum menerangkan tentang sistem pilihan raya di Malaysia ini adalah
sistem pemilihan yang menipu. Saya telah ke hulu ke hilir. Berbuih-buih
bercakap. Berbuku jari tangan mengetik komputer untuk menuliskan fakta penipuan
yang telah, yang sedang dan yang akan dirancang untuk membolehkan United Malays
National Organisation menang.
Apabila PRU13 sampai dan selesai – saya merasa cukup
senang hati. Tesis dan teori saya tentang pilihan raya di Malaysia telah
dilihat jelas. Untuk saya, pada 5 Mei 2013 bukan hari membuang undi. Hari 5
Mei 2013 itu ialah hari kuliah akhir dari siri kuliah-kuliah dan syarahan yang
telah saya beri.
Pada 5 Mei yang lalu pencerahan tentang tentang penipuan
dalam pilihan raya dilihat secara pratikal dengan terang oleh para pengundi.
Kalau dulu ada yang merasa was-was , ada yang merasa sangsi tentang apa yang
saya tulis. Ada yang menuduh saya menabur aji-no-moto pada sup tulang kering
yang tidak berdaging. Saya dikatakan berupaya membesar-besarkan pekara-pekara
kecil. Tetapi sesudah 5 Mei ini jelas kelihatan bahawa apa yang selama ini saya
tulis adalah tepat dan betul. PRU13 adalah penipuan.
Penipuan PRU13 ini
muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasar politik dan
dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelah kepada orang ramai. Rompakan harta
negara atas nama pembangunan. Menjarah tanah orang kampong atas nama
pembangunan. Merampas tanah dalam bandar atas nama MRT. Semua ini telah
diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini di ketahui
umum.
Justeru untuk meneruskan kuasa melalui satu pilihan raya
yang adil dan bersih adalah mustahil. Dalam dalam masa yang sama saya rasa telah
berjaya memaparkan bahawa dalam negara Dunia Ketiga ini, dalam pemerenthan yang
zalim dan korup – kerajaan zalim – mustahil dapat diganti melalui pilihan
raya.
Dalam pada itu saya yakin ramai dari ahli parlimen dan
para YB dari Pakatan Rakyat masih memiliki ilusi bahawa pada PRU14 nanti mereka
akan berjaya melakukan ledakan kemenangan. Saya yakin ramai diantara YB dari
Pakatan Rakyat memiliki mimpi dan angan-angan bahawa jika mereka berkempen lebih
kuat lagi, menjerit lebih kuat lagi, berdoa lebih buih pasti Pakatan Rakyat
akan berjaya. Malah ada yang merasa bahawa para YB bukan sahaja wajib pergi
ziarah kematian pengundi di kawasan malah para YB juga patut menggali kubur
untuk Si Arwah.
Kenapa ada ilusi ini? Kenapa ada angan-angan ini? Apakah
mereka tidak dapat melihat dari apa yang telah berlaku dalam PRU13 ini? Atau
apakah mereka bebal sekali hinggalkan gagal untuk melihat bahawa yang mereka
lawan bukan parti United Malays National Organisation tetapi satu sistem yang
akan memastikan United Malays National Organisation terus
menang.
Parta politikus yang
memiliki pandangan bahawa pada PRU14 Pakatan Rakyat akan menang sebenarnya sedar
akan kemustahilan untuk mengulingkan sebuah rejim yang zalim melalui pilihan
raya. Merekja sedar tetapi mereka takut mengahadapi kenyataan bahawa jika bukan
pilihan raya maka tidak dapat tidak jawabnya pilihan jalan
raya.
Mustahil para politikus ini tidak membaca akhbar dan
melihat bagaimana Muhamad Reza Pahlavi telah dihumbankan oleh gerakan jalan raya
di Iran. Atau u melihat bagaimana Haji MUhamad Suharto dan Marcos dihumbankan
oleh rakyat. Mungkin nama-nama ini terlalu lama tersimpan dalam sejarah dan
para politikus ini terlepas pandang. Bagaimana pula dengan gerakan anak muda
dijalan raya yang menggulingkan Hosni Mubarak? Mustahil mereka tidak membaca
kerana ini berita terhangat hanya berlaku dua tahun
dahulu.
Saya amat yakin dan amat sedar bahawa para politikus ini
tahu tentang gerakan anak-anak muda yang menggunakan jalan raya untuk
menggulingkan rejim yang zalim. Mereka melihat apa yang berlaku. Lalu mereka
secara sedar menuduh bahawa rakyat dalam negara ini ‘belum sampai ke tahap
itu’. Kita sering mendengar kata-kata politikus ini bahawa ‘ Malaysia ini lain’.
Kita juga mendengar hujah politikus ini berkata bahawa rakyat belum
bersedia.
Justeru kita mendengar ucapan yang mengatakan ‘kita ini
bukan Arab Spring’. Negara kita bukan macam negara Arab. Malah mereka tidak
berani mengasosiasikan Dataran Tahrir dengan Dataran
Merdeka.
Sebenarnya yang
TIDAK bersedia bukan rakyat tetapi orang yang berkata ‘rakyat belum
bersedia’. Rakyat dituduh sebagai TIDAK bersedia. Rakyat dituduh belum
berani. Biar saya terangkan disini bahawa rakyat sentiasa bersedia. Rakyat
sentiasa berani mahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia sila
terangkan bagaimana 52% rakyat Malaysia ini memilih Pakatan Rakyat dan menolak
total United Malays Natioonal Organisation dalam PRU13?
Kita juga sering mendengar hujah bahawa di Malaysia ini
belum ada yang ‘mati’ untuk melahirkan kemarahan rakyat. Sesiapa yang
mengeluarkan pendapat ini adalah sosok bengong yang wujudiahnya hanya
menghabiskan oxygen. Mereka terlupa pembunuhan di Memali. Mereka terlupa Kugan,
Francis, Teoh Beng Hock, Sarbini, Aminulrashid. Malah tahun ini sahaja 6 orang
warga telah tewas dibunuh oleh pihak berkuasa.
Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah jika sistem
pilihan raya yang wujud hari ini tidak ditukar maka sampai kiamat pun United
Malysa National Organisation akan terus berkuasa. Dalam masa dua tahun ini
perubahan wajib dilakukan. Rakyat Malaysia tidak ada pilihan kerana ketika saya
menulis ini SPR yang disokong oleh jentera daulah sedang merancang untuk membuat
persempadanan semula.
Persempadan semula
ini adalah batu nisan. Persempadan semula ini bukan hanya batu nisan yang
memustahilkan apa-apa perubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini akan
melucutkan kerusi-kerusi parlimen yang ketika ini di menangi oleh Pakatan. Ini
makna hakiki persempadan semula.
Apakah yang saya tulis ini dongeng? Tidak. Ini
membuktikan kata-kata bahawa jika pilihan raya itu boleh mengubah apa-apa maka
pilihan raya itu akan diharamkam. PRU13 menunjukkan pencapaian cemerlang untuk
Pakatan Rakyat Maka persempadanan semula ini adalah strateji untuk mematikan
lubang-lubang yang berjaya memenangkan Pakatan Rakyat. Jelas kita tidak ada
pilihan. Melalui pilihanraya – rakyat telah ditiou. Kita hanya ada pilihan jalan
raya.
Jika apa yang saya tulis ini tidak benar maka saya ingin
bertanya : kenapa Presiden Bambang Susilo berkata ‘ pemilu di Malaysia satu
kecurangan terlampau’
No comments:
Post a Comment