Internet menemukan ku kepada Cape Dorset dan Inuit Art. Mengkagumkan, sebuah pekan kecil berpenduduk cuma seramai 1236 orang boleh mengekspot print dan lukisan bernilai ratusan juta dollar kepada dunia luar. Bagaimana ianya boleh berlaku, cantik sangatke lukisan mereka sampai satu dunia mencari cebis cebis yang boleh dibeli? Aku melayari link link yang membawa aku ke achive archive lukisan itu, sampai di AGO (Art Gallery of Ontario) aku berhenti lama menekuni setiap tulisan dan gambar dan audio yang berada disitu.Kalau begitulah cara mereka memberi nilai kepada art(seni) maka tak hairanlah Cape Dorset boleh membangun dengan panas sungguhpun cuaca disitu tidak pernah melebihi kosong darjah celsius.
Persekitaran di Cape Dorset adalah sangat berbeza dengan Bali(Indonesia), walau pun mereka sangat berjaya dengan keunikan produk seni mereka tapi taraf kehidupan penggiat seni mereka mempunyai jurang yang sangat dalam . Di satu pehak, buat sikit dapat banyak. Yang satu lagi buat banyak dapat sedikit, yang uniknya di Bali, mereka tidak pernah komplain,mereka hanya lakukan kerana seni itu dalam darah mereka secara paksa atau paksarela.
Cape Dorset telah membuka satu pintu kepada industri seni lukisan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh dunia seni seluruhnya. Perkembangan ini selari dengan perkembangan dunia siber dan kecanggihan rumah lelong (Auction House). Produk yang unik dan rumah lelong yang berani membawa produk ini. Rumah lelong ini yang belum ada di Bali. Rumah lelong ini juga masih tidak ujud di Kuantan,Pahang Malaysia. Mengapa masih belum ujud, sebab Kuantan masih belum ada benda unik yang layak dilelong. Benarkah begitu? Belum ada atau belum cuba?..... bersambung
No comments:
Post a Comment